Tarikh       : 3 Februari 2023

Masa         : 09.00 am - 11.00 am

Lokasi       : SMK Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 5

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan menerangkan dan mendedahakan pelajar tingkatan 5 SMK Sadong Jaya tentang cara penghasilan atau penulisan resume untuk memohon sesuatu pekerjaan. Pelajar di dedahkan tentang tujuan resume itu dibuat dan apa yang perlu ada di dalam setiap resume. Penulisan resume boleh dilakukan sendiri atau mengupah orang lain yang membuat perkhidmatan menulis resume. Banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk menulis resume. Pada kelas kali ini yang bertempat di SMK Sadong Jaya, petugas menerangkan dan mengajar secara ringkas dan padat cara menulis resume menggunakan aplikasi Canva.

 

Aktiviti:

Pelajar diajar cara mendapatkan gambar yang terbaik untuk resume mereka. Mereka diajar cara membuang latarbelakang gambar yang kurang sesuai untuk diletakkan di dalam resume. Cara membuang latar belakang dan menukar warna latar belakang yang sesuai adalah menggunakan aplikasi atas talian iaitu di laman web https://www.remove.bg/. Setelah ada gambar yang sesuai, pelajar kemudian diajar cara membuat resume menggunakan aplikasi Canva secara atas talian. Pelajar di ajar satu persatu cara bermula dari cara membuat akaun Canva, mencari template yang sesuai, dan mengedit semula template yang ada menggunakan maklumat diri mereka sendiri. Setelah selesai, pelajar diajar cara memuat turun resume yang telah siap dibuat.

Klik Di Sini Untuk Gambar