Tarikh       : 5 Februari 2023

Masa         : 09.00 pm - 11.30 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk mengajar belia untuk membuat Sarawak ID. Sarawak ID sangat penting dimiliki oleh penduduk Sarawak terutamanya golong belia kerana dengan adanya Sarawak ID, mereka boleh membuat sebarang permohonan yang berkaitan dengan rakyat Sarawak di laman web yang tertentu. Dengan adanya Sarawak ID juga, belia yang ingin mendirikan rumah tangga mudah untuk membuat permohonan nikah di eMunakahat di laman web KISWA. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada beliau. Peserta kemudian membuat akaun Sarawak ID. Beliau diingatkan supaya mengingati kata laluan dan id yang telah dibuat kerana satu no kad pengenalan hanya boleh memiliki satu Sarawak ID. Setelah selesai mendaftar untuk Sarawak ID, peserta kemudian membuka laman web KISWA dan terus ke bahagian eMunahakat untuk membuat permohonan nikah atas talian. eserta mengisi semua maklumat yang dipinta dengan bantuan petugas. Peserta kemudian memuatnaik dokumen yang diperlukan yang telah diimbas okeh petugas. Setelah pasti dengan maklumat yang diisi, peserta kemudian menekan butang hantar dan mencatat nombor permohonan untuk rujukan pihak JAIS seterusnya.

Klik Di Sini Untuk Gambar