Tarikh       : 18 Februari 2023

Masa         : 14.00 pm - 17.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah (Pra)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah yang maseh dalam pra persekolahan menaip dan mengenal kedudukan huruf, nombor dan simbol-simbol lain di papan kekunci komputer. Pelajar di ajar cara menaip dengan memberikan karangan pendek sebagai rujukan. Pelajar di ajar cara menggunakan Caps Lock, Shift, Tab, Enter, Backspace dan Space selain dari mengenal huruf, nombor dan simbol simbol seperti noktah dan koma. Di samping menaip, pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar mengeja dan memnbaca.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada pelajar berkenaan Teknologi dan Anda. Pelajar kemudian di ajar cara membuka aplikasi Microsoft Office Word. Pelajar di ajar cara menaip dan mencari huruf-huruf berkaitan di papan kekunci komputer. Pelajar kemudian di ajar cara menjadikan huruf besar, menjarakkan perkataan perkataan dan menjadikan karangan berperenggan. Pelajar membuat latihan kendiri walaupun agak lambat kerana mengambil masa untuk mengenal kedudukan huruf di papan kekunci. Pelajar dipantau oleh petugas dari semasa ke semasa.

Klik Di Sini Untuk Gambar