Tarikh       : 6 Mac 2023

Masa         : 02.30 pm - 04.30 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia (Lelaki)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar usahawan belia membuat personal daily planner dan business tracker menggunakan aplikasi Canva. Beliau seorang agen insurans. Dengan adanya planner dan tracker tersebut memudahkan beliau menguruskan aktiviti seharian beliau serta mencapai target tertentu untuk bisnes beliau. Beliau seorang yang berdisiplin dan fokus bila melakukan sesuatu kerja. Beliau suka belajar cara membust sesuatu dengan menggunakan Canva kerana hasil kerja boleh disimpan dan boleh diedit bila-bila masa dan di mana sahaja asalkan akaun Canva tersebut dilogmasuk menggunakan akaun google beliau.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan kesedaran KDB berkaitan dengan Penipuan Atas Talian. Beliau dinasihatkan supaya berhati-hati dalam berkongsi maklumat kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan beliau. Kemudian beliau log masuk ke akaun Canva menggunakan akaun Google milik beliau sendiri. Dengan menggunakan template planner dan tracker yang sedia ada di Canva, beliau mengedit template tersebut mengikut keperluan beliau sendiri. Setelah selesai, beliau menyimpan template tersebut dalam bentuk PDF agar mudah dicetak keluar.

Klik Di Sini Untuk Gambar