Tarikh : 18 Mac 2023 Masa : 09.30 am - 12.30 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya (Zoom Meeting) Peserta : Usahawan |
Tujuan:
Kursus Latihan Pengendali Makanan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepentingan penyediaan makanan yang masih bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan mahupun industri makanan. Kursus ini juga mendedahkan kepada semua pengusaha makanan tentang apa yang harus dilakukan ketika atau semasa mengendali makanan baik untuk hidangan sendiri amnya dan untuk jualan khususnya. Pengusaha makanan yang tidak mempunyai Sijil Pengendalian Makanan berkemungkinan besar akan dikenakan hukuman RM10000 jika disabit kesalahan dan sangat-sangat dinasihatkan untuk setiap pengusaha makanan baik kecil mahupun untuk memiliki Sijil tersebut. Dengan kerjasama pihak NZ Bunga Training & Consultant, kursus ini dijalankan secara atas talian (medium Zoom Meeting) dan dilaksanakan di PEDi Sadong Jaya menggunakan kemudahan internet dan alatan yang ada.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness dengan tayangan video berkaitan dengan Peniupuan Kewangan atau Scam. Peserta kemudian bersedia untuk memulakan kursus secara atas talian di bilik training PEDi Sadong Jaya. Dalam pengisian kursus, peserta disuruh menjawab beberapa kuiz secara atas talian menggunakan medium Google Form dan WhatsAppp dengan telefon pintar masing-masing.