Tarikh       : 18 Jun 2023

Masa         : 10.00 am - 11.30 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar para peserta menaip Surat Rasmi. Peserta dikenalkan dan didedahkan dengan format surat rasmi. Penulisan surat rasmi yang betul dengan format yang betul amat penting untuk hal-hal seperti urusan memohon pekerjaan, membuat sebarang permohonan, membuat jemputan rasmi dan sebagainya. Peserta kelas diajar menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Office Word.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada peserta berkaitan dengan Teknologi dan Anda. Peserta kemudian dikenalkan dengan format surat rasmi. Peserta kemudian diajar dan disuruh menaip surat rasmi mengikut contoh yang telah diberikan. Sambil menaip, peserta diajar cara untuk memasukkan garisan, menggunakan fungsi tab, mengatur allignment dan memastikan penggunaan huruf besar dan kecil serta tanda baca di tempat yang sesuai.

Klik Di Sini Untuk Gambar