Tarikh : 9 Jun 2023 Masa : 11.00 am - 11.30 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar usahawan untuk menghasilkan invoice sendiri untuk bisnes beliau. Dengan adanya invoice sendiri, usahawan mudah untuk membuat penyata kewangan dengan jelas dengan adanya bukti wang masuk dan keluar. Peserta diajar membuat invoice sendiri dengan menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness berkaitan Scam. Peserta kemudian dikenalkan dengan aplikasi atas talian iaitu Canva untuk membuat invoice beliau. Beliau kemudian diajar untuk memilih invoice yang bersesuaian dengan bisnes beliau. Beliau kemudian mengedit invoice yang sedia ada mengikut maklumat beliau sendiri. Setelah siap, beliau diajar menyimpan dan memuatturun invoice tersebut dalam format PNG dan PDF.