Tarikh : 17 Jun 2023 Masa : 02.00 pm - 03.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan peserta dengan kaedah mewarna secara digital dengan tidak menggunakan pensel warna secara fizikal. Aplikasi yang digunakan adalah aplikasi secara atas talian di website https://www.coloring4all.com/. Di samping mengajar peserta mewarna secara digital, peserta juga diajar cara membiasakan diri menggunakan search engine untuk melayari dan mencari website atau bahan maklumat yang berkenaan. Dengan kemahiran mewarna digital ini, peserta mampun mengaplikasikan pembelajaran secara atas talian berkaitan dengan kaedah mewarna dan pendidikan seni.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness berkaitan Teknologi dan Anda kepada para peserta. Peserta kemudian di ajar membuka website https://www.coloring4all.com/ menggunakan browser Microsoft Edge. Pelajar kemudian memilih sendiri gambar yang mereka suka untuk diwarna nanti. Setelah memilih gambar yang sesuai, pelajar diajar cara mewarna gambar tersebut dengan menggunakan butang warna yang telah disediakan. Pelajar membuat latihan sendiri dengan pemantauan petugas.