Tarikh : 20, 22 Jun 2023 Masa : 09.30 am - 11.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia, Lepasan SPM Tajuk : Membuat Sarawak ID Siri 1, Membuat Sarawak ID Siiri 2 & Membuka Akaun eRecruitment |
Tujuan:
Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar dan memberi pengenalan kepada peserta tentang pentingnya mempunyai Sarawak ID khasnya bagi penduduk negeri Sarawak. Peserta diajar cara membuat Sarawak ID dan mengesahkan akaun Sarawak ID mereka. Peserta didedahkan dengan adanya Sarawak ID mereka boleh membuat banyak permohonan secara atas talian di laman web kerajaan Sarawak seperti eRecruitment dan Kiswa.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada peserta berkaitan dengan Teknologi dan Anda. Peserta kemudian dikenalkan dengan apa itu Sarawak ID dan apa kepentingannya kepada rakyat Sarawak. Peserta diajar cara membuat Sarawak ID dan peserta juga diajar cara membuka akaun eRecruitment , laman web permohonan kerja kerajaan di Srawak.