Tarikh : 13 Mei 2018 Masa : 8.00 am - 11.00 am Lokasi : Pi1M Sadong Jaya Peserta : Komuniti Tempatan (30 orang) |
Tujuan:
Bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu keusahawan dan ilmu kecantikan serta penjagaan kulit oleh wakil Beauty Consultant dari Mary Kay. Para peserta bengkel dikenalkan dengan apa itu produk Mary Kay dan bagaimana menjana pendapatan sampingan dengan menjalankan bisnes produk Mary Kay. Selain itu mereka juga secara tidak langsung mempromosikan Mary Kay di kalangan penduduk tempatan.
Aktiviti:
Bengkel dimulakan dengan acara suai kenal antara peserta dan team Mary Kay yang terlibat. Salah seorang dari team Mary Kay adalah ahli Pi1M Sadong Jaya yang sering mengikuti program-program keusahawanan yang diadakan di Pi1M Sadong Jaya. Para peserta kemudian didedahkan dengan produk-produk Mary Kay dan wakil-wakil Beauty Consultant Mary Kay berkongsi kejayaan mereka dalam menjalankan bisnes Mary Kay. Peserta kemudian diajar cara penjagaan muka dengan betul beserta praktikal menggunakan produk Mary Kay.