Tarikh   : 21 September 2018

Masa     : 3.00 pm - 4.00 pm

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Komuniti Tempatan

 

Tujuan:

Kelas ICT Microsoft Word ini bertujuan mengajar penjawat awam yang berusis pertengahan membuat surat pelepasan jawatan dan permohonan jawatan baru. Di samping itu, mereka juga diajar serba sedikit tentang cara penjagaan komputer yang asas. Mereka di ajar cara menambah baik (edit) surat yang telah sedia ada ke maklumat yang mereka perlukan.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memperkenalkan mereka dengan Dashboard Komuniti dan cara log masuk ke laman sesawang Dashboard Komuniti. Mereka kemudian di ajar cara memuat turun dokumen yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp ke komputer. Kemudian, mereka di ajar cara mencari dokumen tersebut di dalam kumputer dan meng'edit' dokumen tersebut menggunakan Microsoft Office Word. Mereka kemudian membuat sendiri dengan pemerhatian daripada petugas.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar