Tarikh : 4 Oktober 2018 Masa : 2.00 pm - 5.00 pm Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Mengajar pelajar cara untuk mencari gambar yang dikehendaki di Google Image Search Browser dan mengajar para pelajar cara menyimpan gambar tersebut ke dalam komputer. Hal ini supaya pelajar tahu cara untuk menyimpan gambar yang diperlukan untuk membuat kerja rumah yang mungkin akan diberikan oleh guru mereka suatu masa nanti.
Aktiviti:
Pelajar di ajar cara membuka browser Google Image Search di komputer masing-masing. Mereka kemudian di suruh menaip nama gambar yang mereka ingin cari. Mereka memilih gambar yang mereka kehendaki dan mereka di ajar cara menyimpan gambar tersebut ke dalam komputer langkah demi langkah. Mereka kemudian membuat sendiri dengan mengikut langkah-langkah yang telah di ajar.