Tarikh   : 11 Oktober 2018

Masa     : 10.00 am - 2.00 pm

Lokasi   : SMK Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini merupakan satu bentuk advokasi dan literasi undang-undang terutamanya kepada kanak-kanak, remaja-remaja, guru-guru, PIBG, ibubapa serta komuniti dengan gabungan daripada pelbagai agensi seperti PKB, JBPM, JKJR, AADK, LPPKN, PDRM, dan SKMM (yang diwakili oleh Pusat Internet yang berdekatan). Dalam konteks kempen keselamatan ini hanya meliputi usaha untuk mencegah, mengelak atau membanteras kanak-kanak dari menjadi mangsa kegiatan jenayah yang berupa pengabaian, penderaan dan eksploitasi dari aspek fizikal, seksual dan emosi serta mendidik anak-anak untuk mengelak dari terlibat dengan kegiatan salah atau jenayah.

 

Aktiviti:

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah taklimat dan ceramah ringkas daripada setiap agensi yang terlibat. Pusat Internet Sadong Jaya telah menceritakan serba sedikit mengenai 'Online Grooming' bersesuai dengan tema yang diberikan iaitu Jenayah Seksual Siber. Program diakhiri dengan demo ringkas oleh agensi JKJR mengenai penggunaan helmet dan keselamatan jalan raya serta penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada setiap agensi yang terlibat.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar