Tarikh : 22 Oktober 2018 Masa : 10.30 am - 1.30 pm Lokasi : SMK Sadong Jaya Peserta : Pelajar-pelajar Sekolah Menengah (PT3), Guru pembimbing |
Tujuan:
Aktiviti KDB (Klik Dengan Bijak) Talk ini bertujuan menerangkan dengan pelajar-pelajar Tingkatan 3 (lepasan PT3) SMK Sadong Jaya tentang bahaya penggunaan internet yang berlebihan melalui tajuk-tajuk terpilih iaitu Maklumat Palsu, Buli Siber dan Oversharing. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan mempromosikan Pusat Internet Sadong Jaya kepada murid-murid sekolah menengah dan guru-guru mereka.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan mengenai Pusat Internet Sadong Jaya. Kemudian dituruti dengan penerangan bertajuk Maklumat Palsu daripada petugas. Hasil daripada ceramah tersebut pelajar di ajak memainkan satu permainan iaitu PERMAINAN SALAH BETUL. Daripada permainan tersebut, para pelajar mendapat input bahawa pentingnya mendengar dan memahami arahan yang diberi dan mengikut arahan dengan betul. Aktiviti kemudian diteruskan dengan penerangan bertajuk Buli Siber dan Oversharing oleh petugas. Selesai penerangan tersebut, diadakan sesi soal jawab melalui PERMAINAN KOTAK BERACUN, di mana pelajar yang memegang kotak semasa muzik berhenti akan menjawab soalan yang diberikan. Setiap pelajar yang mendapat jawapan yang betul mendapat hadiah. Program diakhiri dengan aktiviti PERMAINAN RADIO ROSAK. Permainnan memberi pengajaran supaya pelajar mendengar dan menyampaikan sesuatu maklumat dengan betul tanpa menokok tambah sesuatu cerita itu. Sesi penyampaian cenderahati kepada guru pembimbing.