Tarikh : 26 Oktober 2018 Masa : 9.00 am - 12.00 pm Lokasi : Klinik Kesihatan Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas |
Tujuan:
Memperkenalkan dengan warga usia emas cara penggunaan komputer dalam menaip menggunakan Microsoft Word. Memberi sedikit pengetahuan kepada sebahagian daripada mereka yang baru mengenal apa itu komputer dan baru pertama kali menaip menggunakan komputer.
Aktiviti:
Teks ringkas diedarkan kepada para peserta pertandingan yang dipilih sendiri oleh penganjur. Petugas memberi penerangan ringkas mengenai pertandingan. Pertandingan dimulakan dan peserta boleh meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas sepanjang pertandingan berlangsung.