Tarikh : 5 & 6 Disember 2018 Masa : 9.30 am - 11.30 am Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ICT Menyunting Video menggunakan Windows Movie Maker ini adalah kelas untuk mengajar dan memperkenalkan pelajar-pelajar sekolah menengah cara untuk menghasilkan sebuah video ringkas menggunakan Windows Movie Maker. Pengetahuan yang mereka perolehi sangat berguna untuk kegunaan mereka pada masa akan datang.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan perancangan tajuk video yang hendak dibuat. Setelah memikirkan tema dan tajuk video, pelajar disuruh mencari maklumat dan gambar yang diperlukan di Google Search Engine. Setelah sumber mencukupi, pelajar diajar menghasilkan satu video secara langkah demi langkah secara praktikal. Mereka kemudian membuat sendiri dengan pemantauan daripada petugas.