Tarikh : 25 Januari 2019 Masa : 0700 - 1200 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Warga Emas, Komuniti Tempatan |
Tujuan:
Program ini bertujuan memperkenalkan Pusat Internet sebagai satu tempat rujukan komuniti sihat. Selain itu, program ini juga bertujuan mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti Kampung, agensi-agensi, JKKK dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Program ini juga bertujuan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktivit:
Aktivit dimulakan dengan acara senamrobik yang dipandu oleh 3 orang warga usia emas. Kemudian, penyampaian KDB Talk daripada petugas Pusat Internet Sadong Jaya diikuti dengan ceramah kesihatan yang disampikan oleh Dr Myzarith Sofia, staff Klinik Kesihatan Sadong Jaya. Program diselangi dengan pemeriksaan kesihatan yang merangkumi kadar tekanan darah, kadar kandungan gula dan Body Mass Index (BMI). Pemeriksaan kesihatan ini dilakukan dengan kerjasama ahli KOSPEN Sadong Jaya. Program diakhiri dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Penghulu Hamzah bin Haji Wahab (mewakili Ayahanda Pemanca Hj Awang Azid bin Awang Yusuf) dan penyampaian hadiah dan cenderahati.