Tarikh   : 12 Februari 2019

Masa     : 0900 - 1200

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Guru KAFA

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan guru-guru KAFA tentang penggunaan dan kepentingan emel dalam kehidupan teknologi masa kini. Alamat emel perlu dimilik oleh setiap guru untuk memudahkan kerja menghantar dan menerima dokumen yang dikongsi bersama rakan-rakan meraka di samping mudah untuk menerima maklumat daripada pihak atasan mereka.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada Dashboard Komuniti dan menggalakkan pelajar supaya lebih kerap menggunakan aplikasi DAshboard Komuniti baik di komputer mahupun di telefon pintar. Kemudian guru KAFA diminta membuka gmail masing-masing. Mereka kemudian cara menghantar emel baru kepada alamat emel yang telah diberikan kepada mereka. Mereka kemudian diajar cara menyertakan (attach) dokumen dalam emel tersebut. Mereka kemudian membuat dan terus membuat sehingga mereka faham dan tahu fungsi-fungsi setiap tanda pada window emel tersebut.

Klik Di Sini Untuk Gambar