Tarikh   : 18 Mei 2019

Masa     : 0900 - 1200

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia untuk membuat surat jemputan sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran untuk masjid di kawasan beliau. Belia adalah setiausaha untuk masjid tersebut dan beliau harus pandai dan bijak menggunakan MS Office Word untuk medium menaip surat-surat yang bakal diperlukan.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan mengajar belia menaip dan mengedit semula surat yang telah sedia ada mengikut butiran dan maklumat yang baru. Belia membuat sendiri dengan pemantauan daripada petugas. Surat yang telah siap kemudian dicetak mengikut jumlah yang dikehendaki.

Klik Di Sini Untuk Gambar