Tarikh : 6 September 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar TADIKA |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar TADIKA tentang mewarna menggunakan komputer dengan menggunakan aplikasi PAINT. Pelajar TADIKA didedah dan diajar dari sekarang kerana aktiviti mewarna secara digital sekarang makin meluas dan banyak pertandingan yang diadakan menggunakan kaedah digital berbanding dengan kaedah manual (mewarna menggunakan pensel warna).
Aktiviti:
Para pelajar diberi pendedahan tentang KDB dahulu oleh petugas. Pelajar kemudian memulakan dengan belajar menghidupkan komputer. Petugas membuka aplikasi PAINT dan membuka gambar yang sesuai untuk diwarna oleh pelajar TADIKA. Petugas kemudian mengajar para pelajar mewarna langkah demi langkah sehingga selesai.