Tarikh   : 19 Februari 2020

Masa     : 09.00 - 12.30

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Lepasan Universiti

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk menunjuk ajar dan memperkenalkan laman web yang menjadi tempat mencari kerja secara atas talian kepada pelajar yang baru mengahbiskan pelajaran beliau di peringkat universiti. Beliau di ajar cara membuat akaun di laman web SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan di laman web eRecruitmen Sarawak. Pencarian kerja di atas talian sekarang semakin berleluasa dan semakin menjadi pilihan anak muda berbanding menghadiri temuduga terbuka dan menghantar resume secara manual di syarikat-syarikat yang brekenaan.

 

Aktiviti:

Pelajar di ajar cara membuat akaun di alman web SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan di laman web eRecruitmen Sarawak. Pelajar kemudian di ajar cara mengisi maklumat yang dipinta dan memilih senarai pekerjaan yang dipohon. Pelajar dinasihatkan supaya menggunakan alamat emel yang aktif semasa mendaftar agar segala iklan jawatan kosong di jabatan yang berkenaan akan dimaklumkan kepada beliau dan mudah untuk beliau mengemaskini akaun SPA dan erecruitment beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar