Tarikh   : 14 Mac 2020

Masa     : 14.00 - 17.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Wanita

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar wanita bekerjaya menggunakan WhatsApp Web untuk memudahkan urusan kerja mereka. Di samping itu, mereka juga mengulangkaji pelajaran mengenai MS Office Word kerana usia yang semakin meningkat menyebabkan mereka lupa akan fungsi fungsi yang berkaitan.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan mengajar mereka membuka Google Chrome dan melayari whatsapp web. Mereka diajar cara memuat turun dokumen yang telah dihantar oleh rakan dan atasan mereka untuk diedit dan dihantar semula pada hari yang sama. Dengan menggunakan aplikasi tersebut, kerja mereka semakin mudah dan mereka dapat menghantar dokumen tersebut pada waktu yang ditetapkan.

Klik Di Sini Untuk Gambar