Tarikh : 8 Julai 2020 Masa : 09.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Lepasan Sekolah (SPM) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar lepasan SPM mengisi permohonan online untuk menyambung pelajaran mereka. Mereka memilih untuk memohon (membuat rayuan) untuk memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana mereka berminat dan bercita-cita untuk menjadi guru yang mendidik anak bangsa suatu masa nanti. Di era teknologi kini, kebanyakan daripada permohonan dibuat secara atas talian dan atas sebab talian internet agak lambat dirumah mereka, mereka memilih untuk ke Pusat Internet Sadong Jaya untuk mengisi permohonan tersebut sekaligus dapat meminta tunjuk ajar daripada petugas.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas mengenai Aspirasi Digital. Kemudian seperti biasa peserta di suruh log masuk ke sistem CMS untuk menggunakan komputer. Peserta kemudiannya di ajar pergi ke laman web yang sepatutnya dan mengisi segala butiran yang diperlukan. Setelah selesai dan menyemak segala butiran yang di isi, peserta kemudian menghantar permohonan mereka. Setelah itu, mereka secara ringkas belajar mengenai pengisian dalam talian yang lain seperti SPA, eRecruitment, JobsMalaysia dan sebagainya.