Tarikh : 19 Julai 2020 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan memperkenalkan dengan pelajar sekolah rendah dan menengah tentang asas menaip dengan menggunakan perisian MS Office Word. Pelajar diajar cara menggunakan fungsi asas butang di papan kekunci komputer. Pengetahuan menaip sangat penting bagi pelajar pada masa kini kerana ada sebahagian kerja sekolah mereka perlu ditaip dengan kemas.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB talk mengenai Teknologi dan Anda kepada para peserta. Kemudian mereka diajar cara membuka new dokumen di MS Office Word dan memulakan menaip mengikut helaian kertas yang telah diedarkan kepada mereka. Sambil menaip mereka diajar cara membesarkan dan mengecilkan tulisan. Setelah selesai menaip, mereka diberikan hadiah ganjaran atas kerajinan mereka menyertai kelas menaip Pusat Internet Sadong Jaya.