Tarikh       : 6 Julai 2022

Masa         : 08.00 am - 01.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Usahawan dan Komuniti Setempat

 

Tujuan:

Program Keusahawan dan Agensi bersama PEDi Sadong Jaya ini adalah mini Hari Bersama Komuniti untuk tahun 2022. Program ini bertujuan Merapatkan dan mengekalkan hubungan dengan komuniti dan agensi-agensi awam dan swasta, mencari dan mendidik Usahawan E Commerce, serta mempromosi program baru yang dianjurkan oleh PEDi Sadong Jaya khususnya. Dengan adanya program ini, para usahawan setempat dapat didedahkan dengan penggunaan Digital dalam dunia bisnes mereka. Selain itu. agensi yang terlibat juga dapat memperkenalkan kepada komuniti yang hadir atas fungsi dan kebaikan agensi mereka. Program ini ini memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang ada di PEDi Sadong Jaya bagi yang belum mengetahuinya.

 

Aktiviti:

  • Pendaftaran Peserta Kelas Keusahawanan dan Kedatangan Pengunjung (Pemberian goodies bag)
  • Pameran daripada Agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  • Minum Pagi
  • Taklimat Ringkas berkenaan PEDi Sadong Jaya (Perkhidmatan dan Kemudahan di PEDi Sadong Jaya)
  • Taklimat Ringkas daripada Agensi AIM
  • KDB Talk : Penipuan Kewangan
  • Kelas Keusahawanan : Facebook Page dan Facebook Ads
  • Sesi Soal Jawab
  • Penyampaian hadiah dan cenderahati
  • Makan Tengahhari dan bersurai

Klik Di Sini Untuk Gambar