Tarikh       : 20 Januari 2024

Masa         : 10.00 am - 11.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Tujuan kelas ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah rendah berkaitan dengan MS Office Powerpoint. Pelajar juga diajar cara memasukkan perkataan ke dalam MS Office Powerpoint.

 

Aktiviti:

Peserta didedahkan dengan penggunaan MS Office Powerpoint. Peserta kemudian disuruhmenaip nama mereka pada dokumen MS Office Powerpoint tersebut. Setelah itu, peserta diajar cara memasukkan video dan menjadikan perkataan tersebut tadi sebagai video yang bergerak.

Klik di sini untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 12 Januari 2024

Masa         : 08.30 am - 12.30 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Kanak-kanak dan Staf TABIKA KEMAS

 

Tujuan:

Lawatan Tabika Kemas Sadong Jaya Ulu ke PEDi Sadong Jaya adalah bertujuan untuk mendedahkan dan memperkenalkan kepada anak-anak Tabika akan dunia digital dan memberikan kanak-kanak tabika pengalaman pembelajaran yang seronok. 

 

Aktiviti:

Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa sesi lawatan tersebut adalah:
- Mengenal Perkakasan Teknologi Komputer
- Menaip Ringkas (Pengenalan Kepada Huruf dan Nombor pada papan kekunci)
- Mewarna Digital (Online dan Offline)
- Menyanyi Bersama Youtube

Klik di sini untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 08 Januari 2024

Masa         : 02.00 pm - 03.30 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia untuk memasukkan gambar-gambar ke dalam jadual di dokumen MS Office Word beliau. Gambar-gambar tersebut hendaklah dalam saiz yang sama dan sekata untuk nampak lebih kemas dan tersusun.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan serba sedikt berkaitan MS Office Word. Kemudian peserta diajar cara membuat jadual mengikut jumlah petak yang beliau kehendaki. Kemudian beliau diajar cara memasukkan gambar ke dalam petak-petak tersebut dan mengatur saiz yang sesuai untuk setiap gambar supaya kelihatan sekata dan sama besar di dalam setiap petak.

Klik di sini untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 14 Januari 2024

Masa         : 09.30 am - 11.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia (pelajar sekolah menengah) untuk membuat template gambar polaroid di MS Office Powerpoint. Beliau diajar cara memasukkan shape dan kemudian mengatur shape tersebut supaya tersusun cantik di dalam layout bersaiz A4. Tujuan untuk menyediakan template di Powerpoint adalah memudahkan beliau untuk menghasilkan gambar-gambar polaroid yang ditempah oleh rakan-rakannya.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan ringkas berkaitan MS Office Powerpoint. Pelajar kemudian diajar cara memulakan dokumen dan mengatur layout dokumen mengikut saiz yang ditetapkan. Beliau juga di ajar cara untuk menukar fill shape tersebut daripada berwarna kepada gambar.

Klik di sini untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 12 Disember 2023

Masa         : 0200-0300 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : pelajar sekolah menengah

Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan tahan kemahiran insaniah pelajar sekolah menengah

Aktiviti

Peserta telah diberikan taklimat ringkas tentang tips menghadapi temuduga. Pserta yang terlibat ialah pelajar tingkatan 5 SMK Sadong Jaya yang bakal menempuhi alam pekerjaan selepas tamat persekolahan nanti . 

 

Klik di sini untuk Gambar