Tarikh : 12 Ogos 2023 Masa : 03.30 pm - 05.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan mendedahkan dan mengajar pelajar sekolah rendah mengenai kemerdekaan negara Malaysia dengan menjawab kuiz kemerdekaan secara atas talian. Peserta juga diajar dan didedahkan dengan aktiviti mewarna digital.
Aktiviti :
Dimulakan dengan KDB Awareness kepada pelajar. Pelajar kemudian diajar cara mengunakan tablet untuk menjawab kuiz kemerdekaan secara atas talian.
Tarikh : 23 Julai 2023 Masa : 02.30 pm - 03.30 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia membuat poster berkaitan perniagaan beliau menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi Canva sangat mudah digunakan, mesra pengguna dan boleh diedit dan disimpan salinan lembut (Softcopy) kepada format yang kita inginkan.
Aktiviti:
Peserta diajar cara membuka Canva di komputer dan memilih template yangs sesuai dengan perniagaan beliau. Beliau kemudian diajar mengedit poster tersebut mengikut apa yang beliau inginkan.
Tarikh : 12 Julai 2023 Masa : 11.00 am - 12.30 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Mengenalkan apa itu Smart Farming kepada peserta kelas. Smart Farming atau dalam bahasa Melayunya Pertanian Pintar adalah proses yang melibatkan dua perkara iaitu teknologi dan data. Smart Farming dapat membantu peningkatan produktiviti tanaman; meningkatkan pengurusan sumber seperti air, baja dan tenaga; dan dapat mengurangkan pembuangan atau kerosakan tanaman. Smart Fariming juga dapat mengurangkan impak kepada persekitaran.
Aktiviti:
Kelas diadakan secara atas talian melalui zoom meeting.
Tarikh : 10 Julai 2023 Masa : 10.00 am - 11.30 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar usahawan wanita melayari laman web UPKJ. Laman web UPKJ adalah lama web khas untuk Kontraktor dan Juruperunding menguruskan hal-hal kerja mereka. Petugas dan peserta kelas sama-sama belajar cara mengemaskini maklumat di laman web UPKJ.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awarenes berkaitan Penipuan Kewangan. Peserta dinasihatkan supaya berhati-hati berkongsi meklumat beliau kerana scammer atau pencuri wang atas talian ada di mana-mana. Beliau kemudian membuka laman web UPKJ dan log masuk ke akaun beliau. Beliau mengemaskini maklumat beliau dengan bantuan petugas dan kemudian membuat pembayaran secara atas talian menggunaka Sarawak Pay seperti yang telah ditetapkan oleh laman web tersebut.
Tarikh : 05 Julai 2023 Masa : 10.00 am - 11.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia menguruskan emel beliau. Beliau diajar cara menghantar emel untuk memohon pekerjaan dengan betul dan menggunakan ayat bahasa yang baik. Adab menulis emel perlu dijaga ketika memohon pekerjaan menerusi penghantaran emel. Bahasa yang baik dan mudah difahami serta ringkas dan padat mengenai latar belakang pemohon pekerjaan boleh menjadi daya tarikan pihak bakal majikan.
Aktiviti:
Peserta didedahkan dengan KDB Awareness terlebih dahulu mengenai Aspirasi Digital. Beliau kemudian diajar cara membuka akaun emel beliau di komputer. Beliau kemudian diajar cara membuat emel yang baru kepada bakal majikan untuk memohon pekerjaan. Beliau juga diajar supaya menamakan dokumen yang disertakan dengan nama yang betul supaya pihak majikan tidak keliru.