Tarikh : 09 Julai 2023 Masa : 10.00 am - 11.30 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar prasekolah mengeja secara pantas berdasarkan gambar gambar yang ditunjukkan sambil menaip ejaan tersebut. Disamping meningkatkan lagi asas kemahiran mengeja pelajar, pelajar juga dapat meningkatkan lagi kemahiran mengenalpasti lokasi di papan kekunci.
Aktiviti:
Sebelum kelas bermula, pelajar didedahkan dengan KDB Awareness berkaitan Teknologi dan Anda. Pelajar kemudian diajar membuka laman web yang ada untuk kuiz ejaan bahasa Malaysia secara atas talian. Kuiz khas untuk pelajar kelas Pra sekolah itu mudah difahami dan diikuti oleh peserta kelas. Peserta mengeja ejaan bagi gambar yang ditunjukkan sambil menaip ejaan tersebut.
Tarikh : 08 Julai 2023 Masa : 10.00 am - 11.30 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Aktiviti diadakan adalah untuk mendedahkan kanak-kanak tentang cara mewarna dengan menggunakan aplikasi Paint. Paint adalah aplikasi yang sedia ada dalam komputer yang boleh digunakan secara offline. Walaupun ketiadaan internet, aktiviti mewarna digital maseh boleh dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi Paint. Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti menjawab kuiz Matematik secara atas talian. Dengan mengikuti aktiviti ini, pelajar dapat meningkat kemahiran mengira pantas beliau dengan mengejar masa yang ditetapkan.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness berkaitan Teknologii dan Anda. Pelajar kemudian didedahkan dengan penggunaan Aplikasi Paint untuk mewarna gambar. Pelajar diajar cara memilih warna dan memadam kembali warna yang dirasakan tidak sesuai. Pelajar kemudian diajar menjawab kuiz Matematik secara atas talian mengikut tahap persekolah beliau. Pelajar kemudian membuat aktiviti kendiri dengan pemantauan daripada petugas.
Tarikh : 04 Julai 2023 Masa : 10.00 am - 12.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia dan Lepasan SPM |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan para peserta tentang cara membuat artikel bergambar. Untuk kelas kali ini, peserta diajar cara membuat artikel berkaitan Sejarah Sarawak. Pelajar diajar cara mencari gambar di Google Search dan memasukkan gambar tersebut ke dalam aritikel dengan saiz yang telah ditetapkan dalam arahan. Pelajar juga dapat mengulang kaji cara penggunaan keyboard dan fungsi fungsi asas di Microsoft Office Word.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awarenes berkaitan dengan Mobile eWaste. Pelajar kemudian diulang ajar cara mencari dan memuat turun gambar melalui Google Search Engine mengikut gambar seperti kertas arahan. Kemudian peserta diajar cara setting dokumen Microsoft Office Word mengikut setting yang telah ditetapkan. Setelah itu, peserta terus menaip artikel yang diberi dan memasukkan gambar yang telah dicari.
Tarikh : 07 Julai 2023 Masa : 02.30 pm - 04.30 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar peserta kelas tentang aplikasi Scratch. Aplikasi Scratch adalah perisian pengaturcaraan visual yang dicipta oleh Lifelong Kindergarden Group di Massachusetts Institute of Technology (MIT). Perisian ini direka khas untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 16 tahun dan membantu mereka mempelajari konsp pengaturcaraan melalui cara yang interaktif dan menyeronokkan. Kelas ini adalah pengenalan kepada aplikasi Scratch.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan KDB Awareness yang berkaitan dengan Teknologi dan Anda. Aplikasi Scratch merupakan satu teknologi masa kini yang mengajar dan memberi pendedahan kepada golongan pemula (beginner) untuk berjinak-jinak dalam bidang programming. Aplikasi yang mudah difahami ini kerana ianya ada menyertakan video tutorial untuk setiap cara penggunaannya. Aplikasi ini juga dapat menarik minat kanak-kanak kerana visualnya yang beranimasi kartun dan menyeronokkan.
Tarikh : 03 Julai 2023 Masa : 10.00 am - 12.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia (Lepasan SPM) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar dan mendedahkan peserta kelas dengan cara memuat turun gambar dari Google Seacrh Image, membuat jadual di Microsoft Office Word, memasukkan gambar ke dalam jadual tersebut dan memasukkan dekripsi berkaitan gambar dengan mencari maklumat di Google Search engine. Untuk kelas kali ini peserta diajar berkaitan dengan peralatan-peralatan komputer.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness berkaitan Ovesharing dan Buli Siber. Peserta kemudian diajar cara mencari dan memuat turun gambar dari Google Seacrh Image. Selepas itu, peserta diajar cara memasukkan jadual dalam dokumen Microsoft Office Word. Peserta kemudian memasukkan gambar-gambar yang beliau cari tadi dan memasukkan deskripsi untuk setiap gambar dengan mancari maklumat di internet. Peserta dapat belajar banyak perkara hari ini dan peserta membuat latihan sendiri dengan pamantauan daripada petugas.