Tarikh       : 28 Jun 2023

Masa         : 11.00 am - 12.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar bahawa komputer dan internet juga dapat digunakan untuk bermain secara atas talian. Puzzle Game adalah permainan yang memerlukan peserta untuk menggunakan koordinasi mata mereka dengan baik dengan menyusun kepingan puzzles tersebut pada tempatnya.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada peserta berkaitan dengan Tekonolohgi dan Anda. Peserta kemudian diajar membuka website yang digunakan untuk bermain puzzles secara atas talian. Pelajar kemudian diajar memilih gambar yang telah dipilih untuk dijadikan kelas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 23 Jun 2023

Masa         : 02.30 pm - 04.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar pelajar asas menaip dengan cara bermain permainan ats talian. typing.com adalah website yang digunakan untuk mengajak peserta bermain sambil mengasah kemahiran menaip mereka.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada peserta berkaitan dengan Buli SIber. Peserta kemudian diajar cara membuka website typing.com dan disuruh memilih jenis permainan yang mereka suka. Permainan ini bukan sahaja mengasah kemahiran menaip peserta malah ianya meningktakan lagi ketangkasan dan menjadikan peserta menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu perkara.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 13 Jun 2023

Masa         : 11.00 am - 12.00 pm

Lokasi       : Zoom Meeting / PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Wanita, Belia, IKS

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada para usahawan tentang kepentingan pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan perniagaan yang baik dan teratur dapat mengenal pasti samaada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian.

 

Aktiviti:

Antara pengisian kelas adalah pengenalan kepada pengurusan kewangan perniagaan, siapa dan bila perkara ini diperlukan, kenapa asas ini perlu bagi seorang peniaga, komponen-komponen penting dalam pengurusan kewangan, jenis akaun dan kepentingan menyimpan akaun. Kelas ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 23 Jun 2023

Masa         : 11.00 am - 12.00 pm

Lokasi       : Zoom Meeting / PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Wanita, Belia, IKS

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajak para usahawan untuk merubah dan membuat mindset yang positif terhadap apa sahaja yang mereka ingin lakukan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka.

 

Aktiviti:

Antara pengisian dalam kelas Mindset Usahawan tersebut adalah apa itu mindset, kenapa mindset penting, bagaimana mindset terbentuk, ciri-ciri mindset usahawan dan cara memperkukuhkan mindset. Kelas ini dilaksanankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 28 Jun 2023

Masa         : 09.00 am - 10.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Tujuan kelas ini adalah untuk membiasakan pelajar sekolah rendah dengan berfikir secara kreatif. Pendedahan kepada STEM aktiviti yang menyeronokkan dan meningkatkan penggunaan motor (akal fikiran dan koordinasi tangan) kanak-kanak.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada peserta berkaitan dengan Buli Siber. Peserta kemudian diberi beberapa peralatan dan disuruh membuat jambatan yang mampu membawa beban yang disediakan. Peserta kemudian diajak berfikir dan mencari jawapan kenapa jambatan yang dibuat mempu menahan beban yang diletakkan di atasnya walaupun ianya diperbuat daripada kertas serta faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan dan kestabilan jambatan tersebut.

Klik Di Sini Untuk Gambar