Tarikh       : 23 Jun 2023

Masa         : 04.00 pm - 05.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Tujuan kelas ini adalah untuk memperkenalkan kepada peserta kelas tentang apa itu Internet of Thing (IoT). Peserta juga didedahkan dengan kebaikan menggunakan Youtube untuk menambah ilmu pengetahuan dengan menonton video-video pembelajaran yang penuh info dan berfaedah.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada peserta berkaitan dengan Teknologi dan Anda. peserta kemudian dikenalkan dengan apa itu Internet of Thing (IoT) melalui tontonan video di Youtube. Video yang ringkas dan padat serta bergambar itu diharap dapat memberikan pemahaman kepada peserta berkenaan dengan IoT.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 20, 22 Jun 2023

Masa         : 09.30 am - 11.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia, Lepasan SPM

Tajuk        : Membuat Sarawak ID Siri 1, Membuat Sarawak ID Siiri 2 & Membuka Akaun eRecruitment

 

Tujuan:

Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar dan memberi pengenalan kepada peserta tentang pentingnya mempunyai Sarawak ID khasnya bagi penduduk negeri Sarawak. Peserta diajar cara membuat Sarawak ID dan mengesahkan akaun Sarawak ID mereka. Peserta didedahkan dengan adanya Sarawak ID mereka boleh membuat banyak permohonan secara atas talian di laman web kerajaan Sarawak seperti eRecruitment dan Kiswa.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada peserta berkaitan dengan Teknologi dan Anda. Peserta kemudian dikenalkan dengan apa itu Sarawak ID dan apa kepentingannya kepada rakyat Sarawak. Peserta diajar cara membuat Sarawak ID dan peserta juga diajar cara membuka akaun eRecruitment , laman web permohonan kerja kerajaan di Srawak.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 17 Jun 2023

Masa         : 02.00 pm - 03.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan peserta dengan kaedah mewarna secara digital dengan tidak menggunakan pensel warna secara fizikal. Aplikasi yang digunakan adalah aplikasi secara atas talian di website https://www.coloring4all.com/. Di samping mengajar peserta mewarna secara digital, peserta juga diajar cara membiasakan diri menggunakan search engine untuk melayari dan mencari website atau bahan maklumat yang berkenaan. Dengan kemahiran mewarna digital ini, peserta mampun mengaplikasikan pembelajaran secara atas talian berkaitan dengan kaedah mewarna dan pendidikan seni.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness berkaitan Teknologi dan Anda kepada para peserta. Peserta kemudian di ajar membuka website https://www.coloring4all.com/ menggunakan browser Microsoft Edge. Pelajar kemudian memilih sendiri gambar yang mereka suka untuk diwarna nanti. Setelah memilih gambar yang sesuai, pelajar diajar cara mewarna gambar tersebut dengan menggunakan butang warna yang telah disediakan. Pelajar membuat latihan sendiri dengan pemantauan petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 20, 21, 22 Jun 2023

Masa         : 11.00 am - 12.30 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia, Lepasan SPM

Tajuk        : Resume Writing, Business Etiquette and Personal Grooming, Interview Skills

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan dengan kemahiran atau ilmu untuk memasuki ke alam pekerjaan. Pendedahan ini bagus untuk para belia terutamanya pelajar lepasan sekolah (SPM/STPM) atau lepasan pengajian tinggi dalam menimba ilmu untuk ke peringkat seterusnya iaitu alam pekerjaan. Dengan pendedahan yang ada dapat meningkatkan lagi keyakinan diri mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

 

Aktiviti:

Kelas ini berlangsung secara atas talian dengan inisiatif pihak MSD Digital Inteligence Sdn Bhd dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Peserta yang terlibat (jika mampu dan bekelapangan) digalakkan untuk ke PEDi Sadong Jaya untuk menghadiri kelas tersebut. Peserta juga akan diberikan rakaman video semasa kelas dan slide presentation untuk rujukan.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 9 Jun 2023

Masa         : 11.00 am - 11.30 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar usahawan untuk menghasilkan invoice sendiri untuk bisnes beliau. Dengan adanya invoice sendiri, usahawan mudah untuk membuat penyata kewangan dengan jelas dengan adanya bukti wang masuk dan keluar. Peserta diajar membuat invoice sendiri dengan menggunakan aplikasi Canva.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness berkaitan Scam. Peserta kemudian dikenalkan dengan aplikasi atas talian iaitu Canva untuk membuat invoice beliau. Beliau kemudian diajar untuk memilih invoice yang bersesuaian dengan bisnes beliau. Beliau kemudian mengedit invoice yang sedia ada mengikut maklumat beliau sendiri. Setelah siap, beliau diajar menyimpan dan memuatturun invoice tersebut dalam format PNG dan PDF.

Klik Di Sini Untuk Gambar