Tarikh : 18 Jun 2023 Masa : 10.00 am - 11.30 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar para peserta menaip Surat Rasmi. Peserta dikenalkan dan didedahkan dengan format surat rasmi. Penulisan surat rasmi yang betul dengan format yang betul amat penting untuk hal-hal seperti urusan memohon pekerjaan, membuat sebarang permohonan, membuat jemputan rasmi dan sebagainya. Peserta kelas diajar menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Office Word.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada peserta berkaitan dengan Teknologi dan Anda. Peserta kemudian dikenalkan dengan format surat rasmi. Peserta kemudian diajar dan disuruh menaip surat rasmi mengikut contoh yang telah diberikan. Sambil menaip, peserta diajar cara untuk memasukkan garisan, menggunakan fungsi tab, mengatur allignment dan memastikan penggunaan huruf besar dan kecil serta tanda baca di tempat yang sesuai.
Tarikh : 17 Jun 2023 Masa : 10.00 am - 11.30 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia Lepasan SPM |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang asas kepada Microsoft Office Word. Pelajar mulanya diajar fungsi papan kekunci dalam menggunakan Microsoft Office Word. Pelajar di ajar asas menaip dengan memulakan menaip surat kiriman tidak rasmi sebagai permulaan.
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan peserta tentang penggunaan Microsoft Office Word dalam membuat urusan harian seperti menaip surat. Pelajar juga dikenalkan dengan fungsi papan kekunci ketika menggunakan Microsoft Office Word. Pelajar diajar menaip surat tidak rasmi sebagai permulaan untuk latihan menaip dan melatih diri dengan fungsi-fungsi papan kekunci.
Tarikh : 10 Mei 2023 Masa : 09.00 am - 12.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia membuat poster iklan berkaitan dengan perniagaan yang beliau ceburi dengan menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi Canva dalh aplikasi yang sangat mudah digunakan untuk menghasilkan media, bukan sahaja poster, malah pelbagai jenis media iklan yang lain. Peserta mulakan harus mempunyai akaun google kerana dengan adanya akaun Google mudah untuk log masuk ke akaun Canva dengan percuma tetapi penggunaan yang terhad. Jika ingin menjadi pengguna Canva Premium, peserta haruslah berani mengeluarkan modal untuk menjadi Member Premium.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness secara ringkas kepada peserta. Peserta kemudian log masuk ke akaun Canva beliau menggunakan akaun Google yang sedia ada. Beliau kemudian diajar cara membuat poster dengan mudah menggunakan template yang sedia ada. Beliau hanya perlu mengedit poster tersebut mengikut kesesuaian iklan perniagaan beliau. Peserta membuat sendiri poster beliau dengan pemantauan daripada petugas.
Tarikh : 27 Mei 2023 Masa : 09.00 am - 12.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar dan mendedahkan pelajar sekolah rendah kepada komputer dan komponen-komponen yang ada pada komputer. Pelajar juga dikenalkan dengan alatan lain yang berkaitan dengan penggunaan komputer seperti pencetak, cd, pendrive dan sebagainya. Pelajar juga diajar dan didedahkan dengan kemahiran menaip dengan menaip karangan pendek. Hal ini untuk membiasakanpelajar dengan lokasi huruf-huruf di papan kekunci.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness secara ringkas tentang Teknologi dan Anda kepada pelajar. Pelajar dikenakan dengan peralatan yang berkaitan dengan komputer dengan menunjukkan gambar yang didapatkan dari internet. Pelajar diulang tanya kembali apa peralatan tersebut supaya pelajar akan sentiasa ingat. Pelajar kemudian diajar cara menaip dan mengenalpasti lokasi huruf-huruf supaya mudah untuk beliau menaip karangan pendek yang telah disediakan.
Tarikh : 8 Mei 2023 Masa : 09.00 am - 12.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia wanita menggunakan Google Meet untuk tujuan ujian atas talian beliau. Beliau juga diajar cara menggunakan WhatsApp web untuk memuatturun dokumen yang diperlukan. Beliau juga diajar cara mencari maklumat menggunakan browser yang ada di komputer yang beliau guna.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada peserta. Peserta kemudian diajar log masuk ke Google Account milik beliau. Kemudian beliau membuka wahtsApp Web untuk memudahkan beliau menekan terus link Google Meer dari group beliau. Kemudian, beliau memulakan ujian atas talian beliau dan beliau juga membuka browser untuk mencari maklumat yang berkaitan.