Tarikh       : 15 April 2023

Masa         : 09.00 am - 12.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan pelajar sekolah redah dan menengah tentang internet, penggunaan internet, komputer dan peralatan yang ada di komputer. Kelas pendek dan ringkas ini diakhiri dengan mengajar pelajar melayari video yang mereka minat dan suka di laman web Youtube.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness secara ringkas kepada pelajar berkaitan dengan Buli Siber. Pelajar dinasihatkan supaya berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali ketika berada di atas talian. Pelajar kemudian diceritakan tentang apa itu internet, apa itu komputer, kegunaan internet dan kegunaan komputer dalam kehidupan kita masa kini. Pelajar kemudian diajar cara membuka laman web Youtube dan menonton video yang mereka suka. Aktiviti pelajar dipantau dari semasa ke semasa oleh petugas PEDi.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 11 April 2023

Masa         : 09.00 am - 12.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Wanita

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar usahawan wanita melayari laman web UPKJ. Laman web UPKJ Sarawak adalah laman web khas untuk Kontraktor dan Juruperunding meguruskan hal-hal kerja mereka. Dalam kelas ini, beliau diajar cara membuat pembayaran yuran secara atas talian menggunakan Sarawak Pay yang memang sudah di-link terus dari laman web tersebut (tiada pilihan pembayaran secara atas talian lain melainkan pembayaran melalui Sarawak Pay atau di kaunter pembayaran)

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness berkaitan dengan Penipuan Kewangan. Peserta diajar supaya berhati-hati berkongsi maklumat beliau kerana scammer sudah bijak pandai dan mampu mencuri duit dalam akaun bank jika ada maklumat peribadi kita terdedah kepada pihak ketiga. Beliau kemudian diajar cara memasukkan duit ke dalam Sarawak Pay sebelum memulakan urusan beliau. Setelah itu beliau log masuk ke laman web UPKJ dan meneruskan pembayaran secara atas talian beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 2 April 2023

Masa         : 09.00 am - 12.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk mengajar belia untuk mengisi permohonan nikah secara atas talian di laman web KISWA (eMunahakat). Peserta kelas perlu menyediakan semua dokumen yang diperlukan yang telah dinyatakan oleh pihak Jabatan Agama Islam kepada beliau. Setelah siap scan (dengan khidmat scanning di PEDi Sadong Jaya), beliau terus mengisi permohonan nikah beliau dan urusan beliau menjadi mudah kerana beliau tidak perlu membuat Sarawak ID kerana sudah memilikinya.

 

Aktivit:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada beliau berkaitan Aspirasi Digital. Dengan adanya internet dan digitalisation zaman sekarang sangat mudah untuk para belia terutamanya menguruskan hal-hal mereka asalkan mereka tahu cara menggunakan kemudahan tersebut. Semuanya di hujung jari. Ditambah pula dengan kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia di PEDi Sadong Jaya sangat memudahkan lagi urusan mereka kerana mereka tidak perlu ke banyak tempat untuk melaksanakan satu-satu kerja.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 4 April 2023

Masa         : 09.00 am - 12.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia yang bergiat aktif bersama team beliau dalam pembuatan kraf batik. Beliau merupakan salah seorang orang penting dalam organisasi tersebut. Oleh yang demikian, beliau harus pandai membuat kerja-kerja pengurusan seperti pengurusan dokumen-dokumen organisasi mereka dan pengurusan laporang bergambar yang perlu dihantar kepada agensi tertentu secara berkala. Beliau diajar cara membuat laporan bergambar ringkas dan mudah menggunakan MS Office Powerpoint.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness secara ringkas kepada peserta berkaitan dengan Aduan dan Maklumat Palsu. Peserta dinasihatkan untuk berhati-hati berkongsi maklumat dan mencari kebenaran sesuatu maklumat tersebut terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan orang lain. Peserta kemudian diajar cara memulakan dokumen di MS Office Powerpoint. Beliau juga diajar cara memuat turun gambar daripada WhatsApp Web. Setelah siap laporan yang dibuat, beliau diajar menyimpan dokumen tersebut ke dalam pendrive dan menukar format ke pdf supaya format beliau tidak lari bila beliau hnedak mencetak menggunakan komputer yang lain.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 25 Mac 2023

Masa         : 02.00 pm - 04.30 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk mengajar pelajar sekolah rendah belajar sambil bermain di atas talian. Pembelajaran sambil bermain di atas talian sangat menyeronokkan sekaligus menarik minat pelajar untuk menyukai sesuatu subjek tersebut. Pelajar juga dapat bersaing secara sihat bersama rakan mereka dalam mencapai satu markah yang terbaik dalam sesuatu permainan.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada pelajar berkenaan Buli Siber. Pelajar didedahkan supaya berhati-hati Ketika menggunakan laman social agar tidak menjadi mangsa buli mahupun tidak menjadi pembuli. Pelajar di ajar cara membuka laman web turtlediary.com, laman web yang menyediakan satu platform belajar sambil bermain kepada kanak-kanak mengikut tahap dan usia mereka. Pelajar disuruh membuat pilihan permainan jenis apa yang mereka suka dan mula bermain dengan subjek Matematik pada kelas hari ini.

Klik Di Sini Untuk Gambar