Tarikh : 20 Februari 2023 Masa : 02.30 pm - 04.30 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pramg Kurang Upaya (Pelajar Pendidikan Khas) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar kurang upaya untuk mengatur fail di dalam telefon pintar beliau. Beliau ingin membuang dan memindahkan fail-fail yang berkaitan ke dalam pendrive supaya memori telefon pintar beliau tidak penuh dan telefon beliau juga tidak lagging. Beliau menyusun atur fail beliau dengan menyambung telefon pintar beliau ke komputer dengan menggunakan wayar USB.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan ringkas kepada fungsi komputer. Pelajar kemudian diajar cara menyambung telefon pintar beliau ke komputer menggunakan wayar USB. Pelajar kemudian di ajar cara membuang fail-fail yang tidak digunakan dan memindahkan fail-fail yang berkaitan ke pendrive milik beliau sendiri. Pelajar membuat pengurusan fail beliau dengan pemantauan daripada petugas.
Tarikh : 18 Februari 2023 Masa : 14.00 pm - 17.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah (Pra) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah yang maseh dalam pra persekolahan menaip dan mengenal kedudukan huruf, nombor dan simbol-simbol lain di papan kekunci komputer. Pelajar di ajar cara menaip dengan memberikan karangan pendek sebagai rujukan. Pelajar di ajar cara menggunakan Caps Lock, Shift, Tab, Enter, Backspace dan Space selain dari mengenal huruf, nombor dan simbol simbol seperti noktah dan koma. Di samping menaip, pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar mengeja dan memnbaca.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada pelajar berkenaan Teknologi dan Anda. Pelajar kemudian di ajar cara membuka aplikasi Microsoft Office Word. Pelajar di ajar cara menaip dan mencari huruf-huruf berkaitan di papan kekunci komputer. Pelajar kemudian di ajar cara menjadikan huruf besar, menjarakkan perkataan perkataan dan menjadikan karangan berperenggan. Pelajar membuat latihan kendiri walaupun agak lambat kerana mengambil masa untuk mengenal kedudukan huruf di papan kekunci. Pelajar dipantau oleh petugas dari semasa ke semasa.
Tarikh : 5 Februari 2023 Masa : 09.00 pm - 11.30 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar belia untuk membuat Sarawak ID. Sarawak ID sangat penting dimiliki oleh penduduk Sarawak terutamanya golong belia kerana dengan adanya Sarawak ID, mereka boleh membuat sebarang permohonan yang berkaitan dengan rakyat Sarawak di laman web yang tertentu. Dengan adanya Sarawak ID juga, belia yang ingin mendirikan rumah tangga mudah untuk membuat permohonan nikah di eMunakahat di laman web KISWA.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada beliau. Peserta kemudian membuat akaun Sarawak ID. Beliau diingatkan supaya mengingati kata laluan dan id yang telah dibuat kerana satu no kad pengenalan hanya boleh memiliki satu Sarawak ID. Setelah selesai mendaftar untuk Sarawak ID, peserta kemudian membuka laman web KISWA dan terus ke bahagian eMunahakat untuk membuat permohonan nikah atas talian. eserta mengisi semua maklumat yang dipinta dengan bantuan petugas. Peserta kemudian memuatnaik dokumen yang diperlukan yang telah diimbas okeh petugas. Setelah pasti dengan maklumat yang diisi, peserta kemudian menekan butang hantar dan mencatat nombor permohonan untuk rujukan pihak JAIS seterusnya.
Tarikh : 3 Februari 2023 Masa : 08.30 pm - 11.30 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 5 |
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sadong Jaya telah menjemput PEDi Sadong Jaya ke Program Halatuju Selapas SPM/2022 yang bertujuan untuk memberi input dan meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pemilihan halatuju selepas SPM. PEDi Sadong Jaya diminta untuk memberi pendedahan tentang Tips Penulisan Resume, Latihan Menulis Resume dan Teknik Menghadapi Temuduga. Petugas PEDi Sadong Jaya mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit kesedaran berkenaan Buli Siber dan pendedahan kepada prkhidmatan-perkhidmatan yang ada di PEDi Sadong Jaya kepada para pelajar.
http://sadongjaya.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=195#sigFreeIdbc0b12ac23
Tarikh : 3 Februari 2023 Masa : 02.30 pm - 04.30 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia-belia berkenaan dengan TikTok Affiliate dan TikTok Shop. TikTok affiliate menjadi sumber pendapatan sampingan yang sangat popular masa kini, Ianya sangat mudah kerana yang utama ianya tidak memerlukan modal. Walaupun komisyen yang diperolehi untuk sesuatu item yang terjual tidak besar, tapi jika cara mempromosikan video dapat menarik minat pembeli sasaran di TikTok, item yang terjual banyak dan komisyen yang diperolehi juga banyak. Pengajar mengajar peserta kelas tentang cara membuka akaun TikTok Shop dan memulakan TikTok Affialiate. Tenaga pengajar kelas ini adalah Rakan Digital dari PEDi Kpg Pinang dan beliau telah membuat kelas secara atas talian sahaja memandangkan lokasi untuk peserta-peserta kelas jauh.
Aktiviti:
Aktiviti digunakan dengan pengenalan kepada TikTok Affiliate dan TikTok Shop. Kemudian, peserta kelas diajar cara untuk memiliki TikTok Shop walaupun hanya mempunyai jumlah pengikut yang sedikit. Setelah mempunyai TikTok Shop, barulah dapat seseorang individu itu untuk menjadi TikTok Affiliate. Peserta kelas juga diajar cara untuk mendapatkan bahan iklan untuk membuat video promosi item jualan mereka di TikTok.