Tarikh : 3 Februari 2023 Masa : 09.00 am - 11.00 am Lokasi : SMK Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 5 |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan menerangkan dan mendedahakan pelajar tingkatan 5 SMK Sadong Jaya tentang cara penghasilan atau penulisan resume untuk memohon sesuatu pekerjaan. Pelajar di dedahkan tentang tujuan resume itu dibuat dan apa yang perlu ada di dalam setiap resume. Penulisan resume boleh dilakukan sendiri atau mengupah orang lain yang membuat perkhidmatan menulis resume. Banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk menulis resume. Pada kelas kali ini yang bertempat di SMK Sadong Jaya, petugas menerangkan dan mengajar secara ringkas dan padat cara menulis resume menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti:
Pelajar diajar cara mendapatkan gambar yang terbaik untuk resume mereka. Mereka diajar cara membuang latarbelakang gambar yang kurang sesuai untuk diletakkan di dalam resume. Cara membuang latar belakang dan menukar warna latar belakang yang sesuai adalah menggunakan aplikasi atas talian iaitu di laman web https://www.remove.bg/. Setelah ada gambar yang sesuai, pelajar kemudian diajar cara membuat resume menggunakan aplikasi Canva secara atas talian. Pelajar di ajar satu persatu cara bermula dari cara membuat akaun Canva, mencari template yang sesuai, dan mengedit semula template yang ada menggunakan maklumat diri mereka sendiri. Setelah selesai, pelajar diajar cara memuat turun resume yang telah siap dibuat.
Tarikh : 28 Januari 2023 Masa : 09.00 am - 12.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar usahawan (belia) berkenaan aplikasi Canva yang mempunyai pelbagai kegunaan. Aplikasi Canva boleh digunakan samaada di komputer/laptop atau telefon pintar. Kelas ini mengajar belia membuat dan mereka kad nama untuk rakan-rakan kelas beliau, Beliau mengambil tempahan membuat kad nama tersebut. Beliau mulanya membuat menggunakan telefon, akan tetapi tidak berapa selesa dengan skrin yang agak kecil, beliau berkunjung ke PEDi Sadong Jaya. Beliau tidak berapa faham menggunakan aplikasi tersebut di kmputer dan petugas telah mengajar beliau cara menggunakannya.
Aktiviti:
Peserta membuat log masuk di akaun Canva dengan menggunakan e-mel yang beliau gunakan di telefon pintar. Beliau kemudian di ajar cara mencari design yang telah beliau buat menggunakan telefon bimbit untuk diedit smeua di komputer. Beliau juga diajar membuat design mengikut saiz yang sepatutnya agar memudahkan untuk beliau mencetak design beliau nanti dan gambar yang dicetak juga akan kelihatan jelas dan tidak pecah. Beliau diajar cara memuatnaik gambar ke akaun canva dan membuang latar belakang untuk gambar yang memerlukan. Peserta membuat sendiri dengan pemantauan daripada petugas.
Tarikh : 10 Januari 2023 Masa : 09.00 am - 11.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar TASKA Permata |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar, mendedahkan dan mengenalkan kanak-kanak TASKA Permata Kemas Ensengei tentang apa itu komputer, apa yang pada komputer dan fungsi komputer. Pelajar juga didedahkan dengan cara menaip huruf di papan kekunci dan melihat paparan huruf yang ditekan di skrin komputer. Pelajar juga didedahkan dengan keseronokan aktiviti mewarna digital secara offline dan online. Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan internet dan komputer untuk hiburan.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada komputer dan peralatan yang ada di komputer serta kegunaannya. Pelajar kemudian di ajar mengenal huruf-huruf di papan kekunci dan diajat cara menaip/menekan huruf tersebut supaya ianya terpapar di skrin komputer dengan menggunakan Microsoft Office Word. Pelajar kemudian di ajar didedahkan dengan aktiviti mewarna digital dengan menggunakan aplikasi Paint di komputer secara offline, dan di laman web Online Colouring Page secara atas talian. Setelah seronok mewarna secara digital, mereka diajak berhibur dengan menyanyi lagu kanak-kanak mengikut video youtube yang disiarkan sambil menari.
Tarikh : 13 Januari 2023 Masa : 09.00 am - 12.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia untuk membuat Sarawak ID. Sarawak ID sangat penting dimiliki oleh penduduk Sarawak terutamanya golongan belia kerana dengan adanya Sarawak ID, mereka boleh membuat sebarang permohonan yang berkaitan dengan rakyat Sarawak di laman web yang tertentu. Dengan adanya Sarawak ID juga beli ayang ingin mendirikan rumah tangga mudah untuk memohon nikah di eMunahakat di laman Web KISWA (laman web khas Jabatan Agama Islam Sarawak).
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada belia. Belia kemudian membuat akaun Sarawak ID. Belia diingatkan supaya mengingati kata laluan dan id yang telah dibuat kerana satu no kad pengenalan hanya boleh memiliki satu Sarawak ID. Setelah selesai mendaftar untuk Sarawak ID, peserta kemudian membuka laan web KISWA dan terus ke bahagian eMunakahat untuk membuat permohonan nikah atas talian. Peserta mengisi semua maklumat yang dipinta dengan bantuan petugas. Peserta kemudian memuatnaik dokumen yang diperlukan yang telah diimbas oleh petugas (salah satu perkhidmatan yang ada di PEDi). Setelah pasti dengan maklumat yang diisi, peserta kemudian menekan butang hantardan mencatat nombor permohonan untuk rujukan pihak JAIS.
Tarikh : 8 Januari 2023 Masa : 03.00 pm - 05.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan peserta kelas dengan pentingnya membuat akaun/pendaftaran di Portal SPA9 jika ingin memohon kerja kerajaan di atas talian. Di samping itu, peserta juga diberitahu bahawa pentingnya mempunyai emel yang sah dan aktif untuk sesuatu urusan rasmi, contohnya memohon kerja. Dengan adanya emel yang sah dan aktif, mudah untuk membuat pengesahan, jika perlu, bagi sesuatu pendaftaran akaun seperti SPA9. Peserta diajar cara mengisi maklumat yang diperlukan dengan betul.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas berkenanaan dengan Oversharing dan Maklumat Palsu. Pelajar kemudian memulakan membuka laman web SPA9 dan mula membuat akaun. Pelajar diingatkan supaya sentiasa ingat akan kata laluan yang dibuka supaya mudah untuk urusan mereka di kemudian hari. Pelajar kemudian mengisi maklumat yang dipinta dengan betul. Setelah membuat pengesahan alamt emel, pelajar kemudian menyambung pengisian maklumat peribadi, pendidikan dan semua yang dipinta sehingga ke jawatan yang dipohon. Setelah memastikan semua maklumat betul, pelajar terus menekan butang akuan pengesahan dan hantar. Pelajar diingatkan supaya sentiasa peka dengan emel pemberitahuan yang masuk sekiranya mereka tersenarai untuk menduduki ujian atas talian atupun temuduga.