Tarikh       : 7 Januari 2023

Masa         : 09.00 am - 12.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah membuat poster piramid makanan menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Pelajar diperkenalkan dengan cara memasukkan bentuk segitiga berlapis lapis mengikut susunan saiz yang sesuai. Pelajar juga diulang ajar mencari dan menyimpan gambar di Google Seacrh Engine. Pelajar kemudian diajar cara membuang latar belakang yang telah dimuatturun supaya kelihatan cantik dan kemas bila dimasukkan ke dalam poster piramid makan beliau. Di samping belajar menggunakan komputer dan internet, pelajar juga diajar cara pengambilan makanan yang sihat supaya tubuh badan tidak mudah sakit dan sentiasa cergas dan cerdas.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada pelajar bekaitan dengan Teknologi dan Anda iaitu Aplikasi Atas Talian. Dalam kelas yang berlangsung, pelajar ada menggunakan satu laman web yang menyediakan aplikasi untuk membuang latar belakang gambar. Pelajar dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi atas talian tersebut untuk tujuan yang baik bukan sebaliknya. Pelajar kemudian diajar cara memasukkan bentuk segitiga ke dalam dokumen Powerpoint dan diajar cara menentukan saiz segitiga tersebut supaya mudah untuk beliau memasukkan bentuk segitiga untuk saiz-saiz yang lain. Saiz yang sesuai akan menampakkan kekemasan kerja yang dibuat ditambah dengan pemilihan warna yang sesuai. Kemudian pelajar diajar cara memasukkan gambar-gambar yang telah beliau cari dan muatturun dari Google Image Search. Setelah itu, sambil belajar mengenai piramid makanan, pelajar diajar mengenalpasti kelas makanan di setiap lapisan piramid.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 2 Januari 2023

Masa         : 09.00 am - 12.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar TABIKA Kemas

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan pelajar di peringkat awal persekolahan (TABIKA) berkenaan dengan penggunaan komputer, fungsi-fungsi komputer dan menggunakan komputer dan internet secara asas. Pelajar diajar mengenal huruf-huruf di papan kekunci (keyboard) komputer dan diajar menaip/menekan huruf-huruf tersebut. Dengan pendedahan awal terhadap komputer dan penggunaannya, pelajar tidak lagi kekok bila mana dia sudah masuk ke alam persekolah formal tidak lama lagi.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan KDB Awarenes secara ringkas kepada pelajar berkaitan dengan Teknologi dan Anda. Kemudian, pelajar dikenalkan dengan item-item yang ada di komputer. Pelajar kemudian diajar cara mengenal huruf di papan kekunci dengan bermain permainan ats talian di laman web typing.com. Kemudian, pelajar di ajar cara melukis dan mewarna menggunakan aplikasi Paint di komputer. Di samping itu, pelajar dapat mengenal bentuk-bentuk dan warna dengan lebih baik. Sebelum mengakhiri kelas, pelajar diajar cara menonton video yang mereka di Youtube di samping memperkenalkan pelajar dengan penggunaan Internet dan komputer masa kini.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 21 Disember 2022

Masa         : 09.00 am - 11.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar belia Menyusun atur dan memindahkan fail yang ada di dalam telefon bimbit beliau ke dalam pendrive. Pelajar kelas diajar cara membuat folder untuk memudahkan beliau mengumpul fail yang  dalam kumpulan supaya muidah untuk beliau cari di kemudian hari.

 

Aktivit:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada pelajar berkenaan Teknologi dan Saya. Peserta kemudian memulakan kelas dengan log masuk ke CMS Client menggunakan No. IC beliau. Beliau kemudian memasukkan wayar usb telefon ke komputer dan mengakses fail-fail beliau di dalam telefon tersebut. Peserta kemudian di ajar cara memindahkan fail yang berada dalan telefon ke dalam pendrive dengan berhati hati supaya tiada fail yang hilang atau lupa. Beliau juga membuang segala fsil yang beliau rasakan tidak perlu untuk mengurangkan ruang memori di tetefon beliau. Peserta juga menggunakan aplikasi Youtube untuk mendengar lagu sambil membuat aktiviti beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 30 Disember 2022

Masa         : 09.00 am - 11.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia 

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar usahawan (belia) berkenaan platform e-dagang iaitu Shopee. Peserta telah ada akaun Shopee sebelum ini akan tetapi beliau mempunyai masalah iaitu tidak dapat log masuk ke akaun beliau kerana lupa password. Oleh yang demikian, petugas mengajar beliau cara untuk reset password dan mengemaskini segala maklumat peribadi beliau di akaun Shopee untuk memudahkan pengurusan beliau di masa akan datang.

 

Aktiviti:

Peserta membuat log masuk di akaun shopee melalui applikasi Shopee di telefon beliau. Akan tetapi, pengesahan emel diperlukan untuk mengakses akaun beliau. Dan beliau lupa akan kata laluan untuk emel yang tersebut. Oleh itu, beliau perlu reset password dahulu di akaun Gmail. Setelah selesai menukar kata laluan untuk emel, beliau terus meneruskan log masuk untuk akaun Shopee beliau. Kemudian, beliau mengemaskini smeua maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah emel yang baru kerana emel yang sebelum ini tidak diperlukan lagi.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 13 Disember 2022

Masa         : 09.00 am - 11.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia menaip secara cepat tetapi berhati-hati supaya tiada typo error. Peserta kelas diajar cara menaip resepi makan dengan menggunakan banyak fungsi di MS Office Word seperti bullets, frame border, dan font adjustment supaya bersesuaian dengan apa yang beliau inginkan. Menaip secara berhati-hati tetapi pantas ini perlu agar dapat menjimatkan masa untuk membetulkan typing error.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas berkenaan Check Your Label kepada peserta. Peserta kemudian memulakan kelas dengan log masuk ke CMS Client menggunakan No. IC beliau. Setelah itu, peserta mula membuka dokumen MS Office Word dan mula menaip resepi yang telah diberikan. Peserta kemudian di ajar cara memasukkan bullets untuk mencantikkan lagi resepi beliau. Setelahitu, peserta diajar cara memasukkan frame border dan mengaturkan mengikut tebal dan warna yang sesuai. Setelah siap, peserta menyimpan dokumen beliau ke dalam pendrive untuk dicetak.

Klik Di Sini Untuk Gambar