Tarikh : 4 Disember 2022 Masa : 09.00 am - 01.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah untuk mereka dan membuat satu buku cerita yang mengisahkan tentang cerita pendek. Pelajar didedahkan dengan penggunaan Google Seacrh Image untuk mencari gambar yangs sesuai dan untuk membuat rujukan jalan cerita yang ingin dibuat. Pelajar juga didedahkan dan diajar dengan penggunaan Microsoft Office PowerPoint untuk mereka buku cerita tersebut. Dengan kemahiran yang sedia ada, beliau setrusnya diajar menyimpan dokumen PowerPoint beliau ke dalam format PDF agar mudah untuk dicetak dalam bentuk buku.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas berkaitan dengan berhati-berhati ketika menggunakan internet terutamanya media sosial. Walapun kanak-kanak tidak mempunyai akaun media sosial sendiri, tetapi mereka kadang-kadang membuka akaun media sosial milik ibubapa mereka di telefon ibu bapa mereka. Pelajar didedahkan supaya tidak menekan mana-mana iklan atau apa-apa sahaja yang mencurigakan ketika melayari media sosial. Pelajar kemudian memulakan kelas dengan mencari gambar di Google Seacrh Engine. Selepas itu, pelajar diajar memasukkan gambar tersebut ke dalam dokumen PowerPoint. Pelajar kemudian menaip cerita yang telah dipilih. Setelah siap, pelajar mencetak buku cerita yuang beliau buat sendiri.
Tarikh : 3 Disember 2022 Masa : 09.00 am - 01.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah cara membuat poster ringkas berkaitan Perdana Menteri Malaysia menggunakan Microsoft Office Word. Pelajar juga diajar cara mencari gambar Perdana Menteri Malaysia di laman web yang betul. Selain daripada itu, pelajar juga didedahkan dengan nama-nama Perdana Menteri Malaysia dan tahun mereka menjadi Perdana Menteri serta serba sedikit sejarah berkaitan dengan nya. Pengetahuan Am dan asas berkaitan negara Malaysia ini harus diketahui semua golongan tidak mengira peringkat umur.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada pelajar berkenenaan Penjagaan Komputer dan Penggunaan Internet. Internet memang menjadi keperluan di masa sekarang tidak kira di mana pun anda berada. Pelajar kemudian di ajar cara mencari dan menyimapan gambar ke dalam folder beliau sendiri di Komputer untuk digunakan nanti. Pelajar kemudian di ajar cara memasukkan shape ke dalam MS Office Word dan menyusun Shapes tersebut mengikut bilangan yang betul untuk dimasukkan gambar-gambar Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama hinggalah yang kesepuluh. Disetiap gambar, pelajar akan meletakkan nama penuh Perdana Menteri tersebut. Setelah siap dan yakin poster beliau cantik, pelajar kemudian mencetak poster beliau untuk rujukan beliau suatu masa nanti.
Tarikh : 25 November 2022 Masa : 09.00 am - 11.30 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Kolej/Universiti |
Tujuan:
Kelas ini adalah untuk mengajar pelajar institute pengajian tinggi (Diploma) menggunakan website yang diberikan kepada beliau untuk menduduki ujian. Pelajar sedang menduduki ujian atas talian, walaubagaimanapunbeliau boleh membuat rujukan akan tetapi tidak boleh meniru bulat-bulat jawapan dalam rujukan.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada pelajar berkenaan Aspirasi Digital. Pelajar di ajar cara membuka laman web yang diberikan kepada beliau. Pelajar kemudian diajar cara memulakan pencarian maklumat di Google Search Engine. Pelajar di ajar memilih link atau website yang bersesuaian untuk dijadikan rujukan.
Tarikh : 29 November 2022 Masa : 09.00 am - 01.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Usahawan (Wanita) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar usahawan (wanita) mengisi, mengemaskini dan menambah produk di Shopee Shop beliau. Beliau telah lama menjual di Shopee sejak dari tahun 2020 lagi. Walaubagaimanapun, akibat kekangan masa dan banyak perkara yang perlu di selesaikan, beliau telah lama tidak mengemaskini produk jualan beliau di Shopee. Puan Nasiban Khan merupakan Ikon Usahawan PEDi Sadong Jaya. Beliau melakukan jualan produk beliau iaitu Borneo Facemask di platform Facebook dan Shopee. Penjualan Facemask Puan Nasiban yang bercorak unik mendapat sambutan di Facebook mahupun di Shopee atau jualan secara offline (secara langsung). Penambahan produk di Shopee dapat mengaktifkan Kembali Shopee Shop beliau. Dengan adanya produk Facemask berbagai corak dan warna yang dijual di Shopee Shop beliau akan menarik lebih banyak lagi pelanggan untuk membeli. Penggunaan Facemask pada masa kini masih digalakkan untuk melindungi diri kita sendiri.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan Peserta didedahkan dengan KDB Talk secara ringkas terlebih dahulu berkenaan dengan Penipuan Kewangan Atas Talian. Beliau dinasihatkan berhati-hati dengan mana –mana mesej atau panggilan yang diterima daripada orang yang tak dikenali. Beliau juga dinasihatkan supaya terus keluar dari group atau channel Telegram yang telah menjemput beliau ke group atau channel tersebut. Peserta membuat ulangkaji bagaimana cara membuka kedai shopee beliau menggunakan komputer,yang mana biasanya di rumah beliau hanya menggunakan telefon bimbit. Setelah log masuk menggunakan barcode (link to Shopee Apps), beliau terus mengemaskini maklumat beliau di Shopee Shop dan menambah produk yang baru di Shopee Shop beliau.
Tarikh : 21 November 2022 Masa : 02.00 pm - 04.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah menengah mencari maklumat di internet untuk kerja sekolah mereka. Pencarian maklumat yang betul dan sahih perlu untuk dijadikan rujukan dalan membuat sesuatu kerja kursus. Pelajar juga di ajar cara memeilih website yang tidak mempunyai banyak iklan yang mungkin akan menghilangkan tumpuan pelajar ketika membaca sesuatu maklumat atau artikel yang dicari.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada pelajar berkenaan Internet dan Saya. Internet pada masa kini telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian kita. Pelajar kemudian diajar cara memulakan pencarian maklumat di Google Search Engine. Pelajar di ajar memilih link atau website yang bersesuaian untuk dijadikan rujukan. Setelah membaca dan menghayati artikel yang dicari, pelajar menyalin (copy and paste) ayat penting dalam artikel tersebut ke dalam telefon beliau untuk rujukan. Setelah selesai mencari maklumat yang diperlukan, pelajar meluangkan masa menonton Youtube untuk menghabiskan masa yang ada.