Tarikh : 30 Oktober 2022 Masa : 02.00 pm - 05.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Usahawan (Wanita) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar usahawan (perempuan) mengisi dan mengemaskini maklumat syarikat yang beliau urus di laman web e-Perolehan. Sistem e-Perolehan merupakan satu di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi menguruskan permohonan lessen mof dan kerja-kerja berkaitan tender dan sebut harga kerajaan. Maklumat syarikat dalam sistem e-perolehan hendaklah sentiasa dikemaskini jika berlaku perubahan. Hal ini supaya profil dalam system e-perolehan selari dengan maklumat yang terdapat di SSM.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas terlebih dahulu berkenaan dengan Penipuan Kewangan Ata Talian. Beliau dinasihatkan berhati-hati dengan mana –mana mesej atau panggilan yang diterima daripada orang yang tak dikenali. Peserta di ajar cara membuka laman web ePerolehan di Google Search Engine. Setelah itu beliau log masuk ke system ePerolehan menggunakan id dan kata laluan yang telah sedia ada. Beliau kemudian mengisi segala maklumat yang diminta secara berperingkat dengan bantuan daripada petugas.
Tarikh : 6 November 2022 Masa : 09.00 am - 13.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan pelajar tentang cara membuat peta minda yang cantik berwarna-warni dengan menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Pelajar di ajar cara memulakan dokumen di Microsoft Office PowerPoint dan beliau diberi satu lembaran contoh peta minda yang ringkas. Dengan adanya kemahiran membuat peta minda, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk urusan persekolahan dan pembelajaran beliau.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas berkenaan dengan Grooming. Pelajar kemudian di ajar cara memulakan dokumen di Microsoft Office PowerPoint dan beliau diberi satu lembaran contoh peta minda yang ringkas. Kali ini pelajar tidak di ajar menggunakan Smart Art tetapi menggunakan fungsi insert Shape dan mereka serta menempatkan sendiri bentuk bentuk tersebut emngikut kreativiti beliau. Pelajar kemudian di ajar cara mengubah warna dan tulisan untuk peta minda beliau. DI samping itu, pelajar juga dapat mengulangkaji apa itu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.
Tarikh : 15 Oktober 2022 Masa : 09.00 am - 13.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah membuat surat rasmi ringkas jika beliau tidak dapat hadir ke sekolah. Surat rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah sangat penting bagi menggantikan slip sakit jika pelajar tidak dapat hadir atas sebab selain sakit atau tidak mampu untuk ke klinik. Selain itu, pelajar juga akan mendapat pendedahan awal tentang format surat rasmi.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas berkaitan dengan Teknologi dan Anda. Pelajar kemudian diterangkan dengan apa itu surat rasmi dan tujuan menulis surat rasmi. Pelajar juga di ajar tentang format penulisan surat rasmi. Hal yang demikian membuat pelajar mendapat pengenalan awal mengenai penulisan surat rasmi. Dengan kemahiran menaip yang ada pada diri pelajar, petugas hanya mengajar tentang format penulisan dan kekemasan surat sahaja. Setelah selesai membuat surat rasmi, pelajar diajak menggunakan kemudahan internet yang adauntuk bermain secara atas talian iaitu bermain permainan Word Puzzles Online Quiz.
Tarikh : 15 Oktober 2022 Masa : 14.00 pm - 17.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah cara membuat Flash Card ABC dengan menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Pelajar juga diulang ajar cara mencari dan memuat turun gambar-gambar yang berkaitan di Google Search Engine. Pelajar didedahkan dengan cara mencari gambar yang jelas untuk dimuatturun. Pelbagai medium boleh digunakan untuk membuat Flash Card ABC tetapi Microsoft Office PowerPoint dipilih sebagai aplikasi yang digunakan kerana ianya mudah difahami dan mudah diajar kepada pelajar.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pelajar mengenai Buli Siber. Pelajar kemudian diulang ajar cara mencari dan memuat turun gambar-gambar yang berkaitan di Google Image Seacrh. Setelah memuat turun gambar-gambar yang berkaitan, pelajar seterusnya membuka dokumen baru Microsoft Office PowerPoint dan memulakan membuat Flash Card ABC. Pelajar mulanya diajar cara memasukkan gambar dan crop gambar jika saiznya tidak sesuai. Kemudian pelajar diajar memasukkan text box dan menulis huruf dan perkataan yang berkaitan dengan gambar. Setelah selesai membuat flash card tersebut secara softcopy, pelajar kemudian di ajar mencetak kad tercsebut mengikut format saiz yang sesuai. Kemudian pelajar menggunting kad tersebut mengikut saiz yang telah dicetak. Dan bolehlah sudah pelajar mengajak adik-adik beliau bermain sambil belajar menggunakan Flash Card ABC yang beliau buat sendiri.
Tarikh : 24 September 2022 Masa : 02.00 pm - 17.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia Wanita (Usahawan) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia (perempuan) membuat logo ringkas menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi Canva adalah aplikasi yang mudah digunakan asalkan ada rangkaian internet dan mempunyai akaun Google. Dengan adanya logo yang beliau reka sendiri, peserta boleh mempromosikan khidmat beliau dengan lebih luas lagi terutamanya di media sosial.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas mengenai Scam kepada peserta. Beliau dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan mana-mana mesej atau panggilan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. Kemudian, peserta diajar cara memulakan untuk memnggunakan aplikasi Canva dengan membuka laman web Canva di search engine. Kemudian beliau log masuk ke akaun Canva menggunakan akaun Google beliau yang sedia ada. Beliau mereka sendiri logo beliau dengan bantuan tunjuk ajar daripada petugas.