Tarikh : 29 Ogos 2020 Masa : 14:00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah Tingkatan 6 Semester Akhir membuat kerja kursus beliau menggunakan MS Office Word. Beliau juga diajar cara mencari maklumat yang berkaitan di internet melalui google search engine.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk kepada para pelajar. Kemudian para pelajar diajar cara memulakan sesuatu dokumen di MS Office Word. Pelajar diajar cara mencari maklumat di Google dan memindahkan maklumat tersebut kem dalam dokumen word. Pelajar membuat kerja beliau sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas.
Tarikh : 22 Ogos 2020 Masa : 09:00 - 16.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah |
Tujuan:
Kursus ini bertujuan mendedahkan para pelajar tentang penghasilan poster secara digital atas talian. Sebelum membuka aplikasi CANVA, para pelajar harus memilik akaun emel masing-masing terlebih dahulu. Para pelajar di ajar cara menghasilkan poster yang menarik berdasarkan tema yang telah diberi iaitu Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital. Para pelajar juga di ajar cara menghasilkan poster menggunakan aplikasi lain seperti Adobe Photoshop. Tujuan utama penghasilan poster ini adalah untuk menggalakkan para pelajar menyertai pertandingan poster kreatif yang dianjurkan oleh Pusat Internet di bawah pengelolaan MSD Digital Intelligence SDN BHD antara peringkat negeri.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk mengenai cyber bully kepada para pelajar. Kemudian para pelajar di ajar cara membuat akaun emel melalui google account. setelah memiliki akaun emel masing-masing, barulah para pelajar di ajar cara daftar ke aplikasi CANVA untuk menggunakan aplikasi tersebut dalam penghasilan poster kreatif. Kelas diteruskan hingga ke petang dengan penerangan dan tunjuk ajar para petugas.
Tarikh : 15 Ogos 2020 Masa : 09:00 - 16.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Usahawan Tempatan |
Tujuan:
Tujuan Kursus ini diadakan adalah untuk mengukuhkan lagi pusat internet sebagai Pusat Latihan Keusahawanan di samping membantu para usahawan menggunakan internet sebagai platform untuk berniaga dan meluaskan lagi pasaran produk mereka untuk menambahkan pendapatan. Selain itu, kursus ini diadakan bagi memperkenalkan kepada para usahawan tentang platform shopee shop untuk menjual produk mereka secara atas talian sahaja. Walaupun kebanyakan daripada komuniti biasa menggunakan aplikasi shopee untuk membeli, tetapi mereka tidak pernah menggunakan aplikasi tersebut untuk menjual.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk Aspirasi Digital dan Penipuan Kewangan. Kemudian, para peserta dikenalkan dengan aplikasi shopee. Para peserta di ajar cara log masuk ke akaun shopee bagi yang dah ada akaun shopee, dan di ajar cara membuat akaun yang baru bagi yang belum ada akaun shopee. Setelah itu, para peserta di ajar cara menyediakan kedai di shopee berdasarkan modul yang telah diberikan kepada peserta. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berlangsung hingga ke petang.
Tarikh : 16 Ogos 2020 Masa : 09:00 - 16.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Usahawan Tempatan |

Tarikh : 11 Ogos 2020 Masa : 09:00 - 11.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Lelaki |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar peserta tentang penggunaan Microsoft Office Word dalam membuat Kertas Kerja Perniagaan beliau. Beliau di ajar cara menggunakan perlabagi jenis format tulisan yang disediakan dalam perisian MS Office Word. Kemudian, beliau di ajar cara menukar tulisan dan bentuk tulisan serta warna sehingga menepati cita rasa beliau. Pengetahuan yang asas dalam MS Office Word pada masa kini amat penting kerana kebanyak urusan kita pada hari memerlukannya.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pesreta mengenai internet dan anda. Peserta kemudian di ajar membuka perisian MS Office Word dan mengatur setting kertas yang beliau hendak gunakan. Kemudian, peserta di ajar cara memulakan tulisan menaip beliau seperti yang inginkan. Peserta kemudian membuat sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas.