Tarikh : 21 Februari 2020 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan memperingatkan kembali kepada pelajar akan cara-cara untuk mencari gambar, memuat turun gambar dan seterusnya memindahkan gambar yang dimuat turun ke dalam pendrive. Kemahiran ini nampak ringkas tapi sebenarnya ramai pelajar sekolah masih belum mengetahui cara ini. Hal ini penting kerana banyak kerja sekolah anak-anak masa kini memerlukan gambar-gambar atau maklumat yang dicari melalui internet.
Aktiviti:
AKtiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas berkenaan Internet dan Anda serta penjagaan komputer. Kemudian pelajar log masuk menggunakan kad pengenalan masing-masing ke dalam sistem CMS. Pelajar kemudian diajar membuka laman web Google Image Search dan menaip apa yang mereka perlu cari. Pelajar kemudian memilih gambar yang diperlukan dan memuat turun gambar tersebut ke dalam komputer. Pelajar kemudian di ajar cara memindahkan gambar yang telah dimuatturun ke dalam pendrive untuk dicetak.
Tarikh : 19 Februari 2020 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Lepasan Universiti |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk menunjuk ajar dan memperkenalkan laman web yang menjadi tempat mencari kerja secara atas talian kepada pelajar yang baru mengahbiskan pelajaran beliau di peringkat universiti. Beliau di ajar cara membuat akaun di laman web SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan di laman web eRecruitmen Sarawak. Pencarian kerja di atas talian sekarang semakin berleluasa dan semakin menjadi pilihan anak muda berbanding menghadiri temuduga terbuka dan menghantar resume secara manual di syarikat-syarikat yang brekenaan.
Aktiviti:
Pelajar di ajar cara membuat akaun di alman web SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan di laman web eRecruitmen Sarawak. Pelajar kemudian di ajar cara mengisi maklumat yang dipinta dan memilih senarai pekerjaan yang dipohon. Pelajar dinasihatkan supaya menggunakan alamat emel yang aktif semasa mendaftar agar segala iklan jawatan kosong di jabatan yang berkenaan akan dimaklumkan kepada beliau dan mudah untuk beliau mengemaskini akaun SPA dan erecruitment beliau.
Tarikh : 20 Januari 2020 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan dengan pelajar sekolah menengah cara pencarian maklumat di internet menggunakan Google Search Engine. Pelajar pada masa kini selalu diberi tugasan dan mereka memerlukan rujukan atau contoh daripada internet untuk menyelesaikan tugasan mereka.
Aktiviti:
Pelajar mulanya membuka Google Chrome Browser dan menaip tajuk maklumat yang diperlukan. Kemudian, pelajar diajar cara menyalin maklumat tersebut dan menampal semula maklumat tersebut ke dalam dokumen Microsoft Office Word. Setelah selesai, pelajar kemudian mencetak dokumen yang telah beliau atur supaya nampak lebih cantik
Tarikh : 24 Januari 2020 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan penggunaan internet yang betul dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat atau video yang mereka tonton melalui internet. Mereka juga di ajar agar menonton perkara yang berfaedah di Youtube di samping menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pendedahan dan KDB Talk berkenaan dengan maklumat palsu. Para pelajar kemudian diajar cara membuka laman web Youtube dan seterusnya diajar mencari video yang mendatang faedah untuk ditonton. Para pelajar dinasihatkan untuk tidak menonton dan membuka mana-mana video yang mengandungi keganasan serta seksualiti agar mereka tidak terpedaya dan terikut-ikut.
Tarikh : 20 Januari 2020 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini diadakan bertujuan memperkasakan lagi penguasaan terhadap Microsoft Office Word dalam kalangan golongan wanita berkerja. Kali ini mereka diajar cara membuat minit mesyuarat yang ringkas di mana mereka perlu menghantar minit mesyuarat tersebut kepada Penyelia mereka pada waktu yang telah ditetapkan.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan membuka dokumen yang telah sedia ada di dalam pendrive milik mereka sendiri. Kemudian mereka diajar cara menambahbaik dokumen yang sedia ada mengikut keperluan mereka. Setelah selesai semuanya mereka menyimpan kembali dokumen tersebut di dalam pendrive dan sedia untuk dicetak.