Tarikh   : 17 Januari 2020

Masa     : 14.30 - 17.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan memperkasakan lagi penguasaan pelajar sekolah menengah terhadap kemahiran menaip dalam penggunaan Microsoft Office Word untuk membuat jadual bertugas kelas beliau. Di samping itu, pelajar didedahkan dengan manfaat penguasaan Kemahiran ICT dalam kehidupan beliau sebagai seorang pelajar.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan log masuk ke sistem CMS dan pengenalan terhadap komputer. Pelajar Kemudian membuka aplikasi MS Ofiice Word. Pelajar kemudian di ajar cara memasukkan 'table' mengikut bilangan 'row' dan 'column' yang diperlukan. Pelajar kemudian diajar cara mengatur tulisan beliau supaya nampak lebih kemas dan teratur. Setelah selesai, pelajar menyimpan jadual beliau ke dalam pendrive dan sedia untuk dicetak.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 09 Januari 2020

Masa     : 09.00 - 12.30 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelatih PDK Sadong Jaya

 

Tujuan:

Kelas ini diadakan bertujuan memperkenalkan pelatih/pelajar PDK Sadong Jaya yang berkelainan upaya dengan aktiviti mewarna secara online atau lebih dikenali dengan nama mewarna digital. Oleh kerana ada dalam kalangan mereka yang sukar untuk menggerakkan anggota badan mereka, maka mewarna digital adalah cara yang terbaik berbanding mewarna menggunakan pensel warna.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan mereka dengan apa itu mewarna secara digital. Mereka diajar mewarna di komputer (secara online) dengan menggerakkan tetikus untuk memilih warna dan tempat yamng hendak diwarna. Apabila selesai mewarna satu gambar, mereka bebas memilih apa saja gambar yang mereka suka untuk diwarna. Kelas ini mendidik pelajar kurang upaya mengenalpasti warna dan menggerakkan anggota tangan dan mata mereka ketika mewarna.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 07 Januari 2020

Masa     : 14.00 - 17.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan lagi penguasaan ICT terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office Word terhadap pelajar sekolah menengah. Dalam kelas ini, pelajar diajar cara membuat semula jadual kelas beliau memnggunakan Microsoft Office Word dengan menambahkan lagi pengetahuan pelajar terhadap penggunaan 'table' di dalam Microsoft Office Word.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan log masuk ke sistem CMS seperti biasa. Kemudian, pelajar membuka aplikasi MS Office Word. Pelajar kemudian di ajar cara masukkan 'custome table' mengikut bilangan 'row' dan 'column' yang diperlukan. Pelajar kemudian diajar cara mengatur tulisan beliau supaya nampak lebih kemas dan teratur. Setelah selesai, pelajar diajar cara mencetak jadual yang dibuat terus dari komputer.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 09 Januari 2020

Masa     : 09.00 - 12.30 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelatih PDK Sadong Jaya

 

Tujuan:

Kelas ini diadakan bertujuan mengajar dan memperkasakan lagi penguasaan menaip menggunakan komputer bagi pelatih/pelajar kurang upaya PDK Sadong Jaya. Mereka diajar dan dilatih menaip dan mengenal huruf-huruf. Mereka juga dilatih supaya membaca apa yang mereka taip. Hal ini bertujuan agar disebalik mempertingkatkan lagi tahap penguasaan menaip mereka, mereka juga dapat mempertingkatkan lagi tahap membaca dan mengenal huruf mereka.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan sesi suai kenal. Kemudian mereka diajar cara membuka komputer dan memasukkan no kad pengenalan mereka di sistem log masuk cms. Mereka kemudian di ajar membuka aplikasi MS Office Word. Kemudian mereka diajar cara mula untuk menaip teks ringkas yang telah diedarkan kepada mereka. Di samping menaip mereka juga diajar mengenal huruf yang mereka tekan dan membaca teks yang mereka taip. 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 19 Disember 2019

Masa     : 9.00 - 12.30 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Wanita

 

Tujuan:

Kelas ini adalah sambungan bagi kelas terdahulu. Kelas ini bertujuan mengajar dan membimbing golongan wanita bekerjaya (Kakitangan KEMAS) membuat laporan kerja mereka menggunakan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Excel. Walaupun mereka sudah biasa menggunakan kedua aplikasi tetapi atas sebab faktor usia yang semakin meningkat, mereka mudah lupa dan memerlukan ulangkaji setiap kali mereka membuat kerja mereka. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan membuka dokumen yang sedia ada di dalam pedrive masing-masing. Kemudian mereka mula meng'edit' dokumen yang sedia ada. Setelah siap mereka mencetak dokumen tersebut dan menghantar 'softcopy' dokumen kepada penyelia mereka melalui emel. Mereka diajar dan dibimbing oleh petugas cara untuk menghantar dokumen melalui emel dan WhatsApp Web.

Klik Di Sini Untuk Gambar