Tarikh   : 6 Disember 2019

Masa     : 9.00 - 12.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Wanita

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan membimbing golongan wanita bekerjaya (Kakitangan KEMAS) membuat laporan kerja mereka menggunakan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Excel. Walaupun mereka sudah biasa menggunakan kedua aplikasi tetapi atas sebab faktor usia yang semakin meningkat, mereka mudah lupa dan memerlukan ulangkaji setiap kali mereka membuat kerja mereka. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan membuka dokumen yang sedia ada di dalam pedrive masing-masing. Kemudian mereka mula meng'edit' dokumen yang sedia ada. Setelah siap mereka mencetak dokumen tersebut dan menghantar 'softcopy' dokumen kepada penyelia mereka melalui emel. Mereka diajar dan dibimbing oleh petugas cara untuk menghantar dokumen melalui emel dan WhatsApp Web.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 16 Disember 2019

Masa     : 14.00 - 17.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan penggunaan internet yang betul dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat atau video yang mereka tonton melalui internet. Mereka juga di ajar agar menonton perkara yang berfaedah di Youtube di samping menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pendedahan dan KDB Talk berkenaan dengan maklumat palsu. PAra pelajar kemudian di ajar cara membuka laman web Youtube dan seterusnya di ajar mencari video yang mendatangkan faedah untuk dotonton. Para pelajar dinasihatkan untuk tidak menonton dan membuka mana-mana video yang mengandungi keganasan serta seksualiti agar mereka tidak terpedaya dan terikut-ikut.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 19 November 2019

Masa     : 09.00 - 12.30 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan penggunaan internet yang betuk dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat atau video yang mereka tonton melalui internet. Mereka juga di ajar agar menonton perkara yang berfaedah di Youtube di samping menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pendedahan dan KDB Talk berkenaan dengan maklumat palsu. Para pelajar kemudian di ajar cara membuka laman web Youtube dan seterusnya diajar mencari video yang mendatang faedah untuk ditonton. Para pelajar dinasihatkan untuk tidak menonton dan membuka mana-mana video yang mengandungi keganasan serta seksualiti agar mereka tidak terpedaya dan terikut-ikut.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 16 Disember 2019

Masa     : 09.00 - 12.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan meningkatkan lagi pengetahuan belia dalam penulisan resume. Resume penting untuk memohon dan mendapatkan pekerjaan. Pelajar diajar cara membuat resume ringkas tapi padat dengan maklumat menggunakan Microsoft Office Word. Belia yang merupakan lepasan SPM membuat dan mereka resume nya sendiri dan bertanya kepada petugas jika beliau tidak faham. 

 

Aktiviti:

AKtiviti dimulakan dengan log masuk ke dalam sistem CMS menggunakan kad pengenalan beliau sendiri. Kemudian beliau memindahkan resume yang sedia ada di dalam telefon ke komputer yang beliau gunakan untuk menambah maklumat yang sedia ada. Setelah selesai menambah dan mereka resume beliau, beliau kemudian diajar cara mencetak resume beliau langsung dari komputer yang beliau gunakan. 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 18 November 2019

Masa     : 09.00 - 12.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Usahawan

 

Tujuan:

Kelas ini adalah bertujuan untuk mengajar seorang usahawan (kontraktor) membuat jadual kerja yang telah selesai dari tahun bermulanya beliau mencenuri bidang itu sehingga tahun 2019 ini. Jadual kerja itu diperlukan untuk dimasukkan ke dalam portfolio syarikat beliau agar mudah bagi beliau untuk membuat sebarang urusan berkenaan dengan perniagaan beliau di masa akan datang.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan mengajar beliau membuka aplikasi Microsoft Office Word. Beliau kemudian diajar cara mengatur setting di page layout dan kemudian memasukkan jadual mengikut jumlah yang diperlukan. Beliau kemudian mengisi kerja-kerja yang telah disiapkan ke dalam jadual tersebut mengikut urutan tahunnya. Setelah selesai, beliau kemudian diajar cara mencetak dokumen yang telah siap agar mematuhi kehemdak format yang diperlukan.

Klik Di Sini Untuk Gambar