Tarikh   : 17 November 2019

Masa     : 09.00 - 12.30 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Kakitangan Wanita KEMAS Batang Sadong

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar kakitangan wanita KEMAS mengisi HRMIS mereka di laman web HRMIS. Mereka diajar cara log masuk ke laman web tersebut menggunakan ID dan kata laluan yang telah diberikan sebagai laporan kerja online.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan log masuk ke dalam sistem cms. Kemudian mereka diajar cara log masuk ke dalam sistem HRMIS dan kemudian mereka mengisi maklumat yang diperlukan. Setelah selesai mereka menyemak semula yang diisi mereka dan terus menghantar ke penyelia mereka. 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

 

Tarikh   : 7 November 2019

Masa     : 08.00 - 13.00 

Lokasi   : SMK Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Tingkatan 3

 

Tujuan:

KDB Talk ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar berkaitan dengan masalah-masalah cyber atau teknologi yang kerap berlaku dalam kalangan remaja terutamanya pada kini. Antara tajuk yang dipilih ialah Maklumat Palsu, Cyber Grooming, Sexting, Cyber Bully, dan Oversharing. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan Pusat Internet kepada pelajar. Kemudian, petugas memberikan Talk yang bertajuk seperti di atas dan diselang selikan dengan kuiz. Pelajar kemudian bermain permainan Skrin Rosak dan Betul Salah. Objektif permainan ini adalah supaya para pelajar sentiasa 'alert' dan sentiasa menyampaikan berita yang betul tanpa menokok tambah dan mengurangkan lagi maklumat yang diterima.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 20 Oktober 2019

Masa     : 14.00 - 17.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Usahawan Tempatan

 

Tujuan:

Mendedahkan para belia dan usahawan akan kepentingan label produk dalam perniagaan. Mereka juga didedahkan dengan penggunaan Microsoft Office Powerpoint dalam proses pembuatan/editing label produk mereka. Mereka juga diajar cara mengambil gambar produk dengan menggunakan "Product Studio" yang boleh didapati di kedai-kedai. Gambar yang menarik dan jelas dapat menarik minat pembeli produk mereka.

 

Aktiviti:

Penerangan daripada pelajar UNIMAS yan g terlibat. Pelajar UNIMAS kemudian mengajar mereka membuat label produk menggunakan MS Office Powerpint. Para peserta membuat sendiri label produk mereka berpandukan modul yang diberi dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pelajar UNIMAS dan petugas Pusat Internet.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 25 Oktober 2019

Masa     : 09.00 - 11.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Ketua Masyarakat / Ketua Kaum

 

Tujuan:

Kempen kesedaran dan pendidikan tentang projek pendigitalan penyiaran nasional ini sedang giat dijalankan dalam pelbagai bentuk dan medium. Pusat Internet juga turut dilantik sebagai local champion bagi mempromosikan ASO dan MyFreeview yang mana setiap PI turut dibekalkan dengan set DTT atau DTH di lokasi masing-masing. Taklimat untuk ketua masyarakat dan ketua kaum ini supaya mereka didedahkan dan dapat mendedahkan dengan penduduk kawasan mereka akan penutupan siaran analog tidak lama lagi.

 

Aktiviti:

Taklimat dan penerangan ringkas daripada petugas Pusat Internet Sadong Jaya berkenaan 'Analogue Switch Off' yang akan berlangsung di Sabah dan Sarawak bermula 1 November 2019 nanti. Taklimat ini memberi kesedaran dan pemberitahuan kepada wakil setiap kampung untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang penutupan siaran analog secara besar-besaran dan penggunaan siaran digital secara berleluasa. Kepada penduduk yang mendapat decoder myTV percuma boleh terus membuat pemasangan dan kepada yang tidak mendapat dicoder myTV percuma boleh membeli di kedai-kedai elektronik yang terpilih.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 25 dan 26 Oktober 2019

Masa     : 14.30 - 17.00 / 09.00 - 12.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Kakitangan Wanita KEMAS Simunjan

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar kakitangan wanita KEMAS mengisi hrmis mereka di laman web hrmis. Mereka diajar cara log masuk ke laman web tersebut menggunakan id dan kata laluan yang telah diberikan sebagai laporan kerja online.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan log masuk ke dalam sistem cms. Kemudian mereka diajar cara log masuk ke dalam sistem hrmis dan kemudian mereka mengisi maklumat yang diperlukan. setelah selesai mereka menyemak semula yang diisi mereka dan terus menghantar ke penyelia mereka. 

Klik Di Sini Untuk Gambar