Tarikh : 18 Oktober 2019 Masa : 09.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar TABIKA KEMAS Kg Bilis |
Tujuan:
Memperkenalkan kewujudan dan fungsi Pusat Internet kepada para pelajar TABIKA KEMAS Kg Bilis di samping mendedahkan mereka dengan penggunaan ICT masa kini. Mereka dikenalkan dengan peralatan asas berkaitan komputer oleh petugas.
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dijalankan ialah 'Menyanyi Bersama Youtube', 'Mewarna Online', dan selingan aktiviti Klik Dengan Bijak. Aktiviti-aktiviti dijalankan bersama-sama dengan guru pengiring mereka.
Tarikh : 10 Oktober 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelatih PDK Sadong Jaya |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan memperkenalkan pelatih PDK Sadong Jaya (Orang Kelainan Upaya) berkenaan Dashboard Komuniti dan memperkasakan lagi kemahiran mereka dalam mewarna secara online. Selain itu, mereka juga secara tidak langsung diajar cara menaip dan membuat pengumuman di MyKomuniti.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan log masuk ke dalam Dashboard Komuniti menggunakan no kad pengenalan masing masing. Kemudian, pelajar diajar cara membuat pengumuman di MyKomuniti di Dashboard Komuniti. Setelah selesai, pelajar di ajar dan di asah lagi bakat mereka dalam kemahiran mewarna secara online kerana mungkin suatu masa nanti tiada lagi pertandingan atau aktiviti mereka secara manual menggunakan pensel warna.
Tarikh : 3 Oktober 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelatih PDK Sadong Jaya (OKU) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan membuat ulangkaji bersama pelatih-pelatih PDK Sadong Jaya yang berkelainan upaya mewarna secara Online di laman web Disney Online Colouring. Hal ini kerana mungkin di masa akan datang tiada lagi pertandingan mewarna yang bakal diadakan menggunakan warna pensel (manual) sebaliknya semuanya adalah secara digital.
Aktiviti:
Pelajar mulanya didedahkan dengan penjagaan komputer dan penggunaan teknologi terhadap diri mereka. Kemudian kelas mewarna dimulakan dengan mengajar mereka untuk log masuk menggunakan No IC masing-masing. Mereka kemudian membuka Google Chrome dan disuruh menaip Disney Online Colouring di google seacrh tab. Kemudian, mereka pergi ke laman web tersebut dan memilih gambar yang mereka suka untuk diwarna.
Tarikh : 4 Oktober 2019 Masa : 14.30 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan pelajar dengan penggunaan Youtube yang berfaedah dan mendatangkan manfaat. Mereka dinasihatkan supaya tidak membuka video yang tidak sepatutnya dan tidak menekan sebarang 'recommended video' yang dicadangkan kepada mereka.
Aktiviti:
Pelajar mulanya didedahkan dengan penjagaan komputer dan KDB Maklumat Palsu agar mereka tidak tertipu dengan sebarang video yang bakal mereka tonton. Kemudian mereka diajar melayari Youtube dan memilih video yang mereka suka dan baik untuk tontonan mereka.
Tarikh : 1 Oktober 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelatih PDK Sadong Jaya (OKU) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan pelatih-pelatih PDK Sadong Jaya yang berkelainan upaya mewarna secara Online di laman web Disney Online Colouring. Hal ini kerana mungkin di masa akan datang tiada lagi pertandingan mewarna yang bakal diadakan menggunakan warna pensel (manual) sebaliknya semuanya adalah secara digital.
Aktiviti:
Pelajar mulanya didedahkan dengan penjagaan komputer dan penggunaan teknologi terhadap diri mereka. Kemudian kelas mewarna dimulakan dengan mengajar mereka untuk log masuk menggunakan No IC masing-masing. Mereka kemudian membuka Google Chrome dan disuruh menaip Disney Online Colouring di google seacrh tab. Kemudian, mereka pergi ke laman web tersebut dan memilih gambar yang mereka suka untuk diwarna.