Tarikh   : 23 September 2018

Masa     : 10.00 am - 12.00 pm

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar OKU

 

Tujuan:

Kelas ICT Mewarna Digital ini bertujuan mengajar dan membuat ulangkaji pengetahuan pelajar istimewa yang pernah menjalani kelas mewarna digital di Pusat Internet Sadong Jaya. Kelas ini diadakan supaya pelajar menjadi semakin faham cara mewarna digital menggunakan aplkisai PAINT.

 

Aktiviti:

Petugas mengajar pelajar mencari gambar yang sesuai di Google Image Serach engine. Kemudian memuatturun gambar tersebut ke dalam komputer dan seterusnya memulakan aktiviti mewarna gambar tersebut menggunakan aplikasi PAINT. Petugas mengajar sedikit permulaan sahaja, dan pelajar istimewa tersebut membuat sendiri dengan pemantauan daripada petugas.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 21 September 2018

Masa     : 3.00 pm - 4.00 pm

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Komuniti Tempatan

 

Tujuan:

Kelas ICT Microsoft Word ini bertujuan mengajar penjawat awam yang berusis pertengahan membuat surat pelepasan jawatan dan permohonan jawatan baru. Di samping itu, mereka juga diajar serba sedikit tentang cara penjagaan komputer yang asas. Mereka di ajar cara menambah baik (edit) surat yang telah sedia ada ke maklumat yang mereka perlukan.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memperkenalkan mereka dengan Dashboard Komuniti dan cara log masuk ke laman sesawang Dashboard Komuniti. Mereka kemudian di ajar cara memuat turun dokumen yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp ke komputer. Kemudian, mereka di ajar cara mencari dokumen tersebut di dalam kumputer dan meng'edit' dokumen tersebut menggunakan Microsoft Office Word. Mereka kemudian membuat sendiri dengan pemerhatian daripada petugas.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 7 September 2018

Masa     : 2.00 pm - 3.00 pm

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas Dashboard Komuniti ini bertujuan mengajar pelajar Sekolah Menengah yang juga ahli Pusat Internet Sadong Jaya berkenaan penggunaan laman sesawang Dashboard Komuniti. engajar mereka cara membuka laman sesawang Dashboard Komuniti dan membuat annoucement di Dashboard Komuniti. Mereka juga di ajar cara melihat barangan yang dijual oleh ahli-ahli Pusat Internet yang lain di seluruh Malaysia.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas daripada petugas Pusat Internet Sadong Jaya mengenai Dashboard Komuniti dan aktiviti di dalamnya. Mereka diajar cara membuat pengumuman di Dashboard Komuniti. Mereka di ajar cara menyertai Pertandingan Mencita Slogan Kreatif yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sadong Jaya.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 15 September 2018

Masa     : 9.00 am - 5.00 pm

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Usahawan Tempatan

 

Tujuan:

Kursus Online Marketing anjuran MDEC ini bertujuan untuk membantu usahawan tempatan mempromosikan perniagaan mereka di sosial media dengan cara yang betul. Kursus ini mengajar para usahawan mencipta akaun Facebook, Facebook Page, akaun instagram, dan penggunaan WhatsApp business. Dengan adanya ilmu tentang online marketing ini diharap para usahawan tempatan dapat meningkatkan lagi penjualan barang perniagaan mereka.

 

Aktiviti:

Sesi penerangan ringkas daripada Puan Surafah mengeai kursus ini. Disusuli dengan sesi pengajaran tentang penggunaan akaun Facebook dan cara mencipta Facebook Page untuk perniagaan. Para usahawan juga diajar langkah demi langkah supaya mereka faham penggunaan sosial media untuk menaikkan lagi perniagaan mereka.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 20 Ogos 2018

Masa     : 2.00 pm - 3.00 pm

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Mengajar pelajar cara untuk mencari gambar yang dikehendaki di Google Image Search Browser dan mengajar para pelajar cara menyimpan gambar tersebut ke dalam komputer. Hal ini supaya pelajar tahu cara untuk menyimpan gambar yang diperlukan untuk membuat kerja rumah yang mungkin akan diberikan oleh guru mereka suatu masa nanti.

 

Aktiviti:

Pelajar di ajar cara membuka browser Google Image Search di komputer masing-masing. Mereka kemudian di suruh menaip nama gambar yang mereka ingin cari. Mereka memilih gambar yang mereka kehendaki dan mereka di ajar cara menyimpan gambar tersebut ke dalam komputer langkah demi langkah. Mereka kemudian membuat sendiri dengan mengikut langkah-langkah yang telah di ajar.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar