Tarikh       : 29 Ogos 2022

Masa         : 09.00 am - 11.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia (Usahawan)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia (lelaki) membuat nota dan membuat jadual untuk kelas Takaful beliau yang beliau ikuti di atas talian. Untuk menambah ilmu perniagaan, kita perlu menghadiri kelas yang bersesuai dengan jenis perniagaan yang kita jalankan.

 

Aktiviti:

Encik Fakhrul membuat semula nota yang telah beliau salin secara ringkas di kertas menggunakan Microsoft Office Word. Beliau seterusnya akan menyimpan nota yang dibuat itu dalam bentuk PDF agar mudah disimpan di dalam tablet beliau dan mudah dibaca di mana-mana sahaja. Peserta diajar cara memulakan untuk menggunakan Microsoft Office Word. Beliau di ajar cara untuk mengatur format yang betul pada dokumen word beliau. Beliau juga diajar cara memasukkan jadual untuk bahagian nota yang memerlukan jadual. Setelah siap, beliau menyimpan nota beliau dalam bentuk pdf dan seterunya menghantar nota beliau ke tablet milik beliau sendiri dengan menggunakan kaedah e-mel (menghantar e-mel ke alamat e-mel beliau sendiri).

Klik Di Sini Untuk Gambar