PENDIDIKAN

                Daerah Kecil Sadong Jaya mempunyai keistimewaan tersendiri kerana hanya di Sadong Jaya sahaja terdapat Pesantren yang menekankan pelajaran agama iaitu Pesantren Abdul Taib Mahmud (PATM) yang telah diwujudkan pada tahun 1989. Sebelumnya, wujud sebuah madrasah iaitu Madrasah Abdul Taib Mahmud yang telah diwujudkan sejak tahun 1966 atas usaha beberapa guru agama dan penduduk tempatan seperti Tuan Haji Maguk @ Tuan Haji Abdullah. Dari situlah telah melahirkan ramai guru agama di kalangan penduduk tempatan.

                Selain itu, terdapat 2 buah sekolah menengah iaitu SMK Sadong Hilir (Semera) dan SMK Sadong Jaya, 8 buah Sekolah Kebangsaan dan 2 buah Sekolah Jenis Kebangsaan. Kira-kira 15 km dari pekan Sadong Jaya terdapat sebuah institusi pendidikan teknikal iaitu Pusat Giat MARA Batang Sadong yang menawarkan  beberapa kursus seperti Teknologi Automotif/Teknologi Membaiki Motosikal dan Teknologi Fabrik Jahitan yang terletak di Kampung Semera.

Jumlah sekolah Kebangsaan & Menengah di Daerah Kecil Sadong Jaya

BIL

SEKOLAH KEBANGSAAN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

SEKOLAH MENENGAH

1.

SK Sg. Buluh

SJK Chung Hua Semera

SMK Sadong Hilir (Semera)

2

SK Terasi

SJK Chung Hua Jemukan

SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud

3

SK Hj. Bujang Rangawan/Putin

 

SMK Sadong Jaya

4

SK Pendam

   

5

SK Iboi/Pelandok

   

6

SK Jaie

   

7

SK Jemukan

   

8

SK Hj. Kelali Semera

   

 

TABIKA KEMAS

SEDIDIK

13 Buah

1 Buah (Semera)

Sumber : Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya