Pengenalan Lokasi/Tempat

 

Maklumat Kedudukan & Peta - Negeri

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarwak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya dikenali sebagai Malaysia Timur.
Terdapat duabelas (12) pembahagian bahagian di negeri Sarawak.
 
 
Maklumat Kedudukan & Peta - Daerah
Asajaya merupakan bandar kecil Sarawak yang terletak dalam Bahagian Samarahan. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada Melayu, Cina, dan Iban.

Sumber : Wikipedia - Sarawak & Asajaya

 

Maklumat Kedudukan & Peta - Daerah Kecil

SEJARAH KAMPUNG - Mengikut mitos, dahulunya kampung ini didiami oleh masyarakat kaum iban. Pekerjaan mereka adalah sebagai petani. Pada suatu hari,ketika padi mereka masak, menjelma seekor ular sawa yang sangat besar dari langit dan memakan hasil tanaman mereka. Penduduk rumah panjang ini sangat marah kerana hasil tanaman mereka telah tiada. Pada malam berikutnya, merekamenunggu ular tersebut. Apabila ular itu keluar,penduduk kampung iban itu membunuh ular berkenaan. Mereka telah membahagikan ular sawa berkenaan untuk dimakan. Hanya seorang wanita yang sarat mengandung sahaja tidak mahu memakan ular sawa itu. Menurut cerita,penduduk yang memakan ular sawa itu telah mati kecuali wanita yang mengandung itu. Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung tersebut dan mudik kehulu sungai. Disebabkan tragedi kematian kaum iban secara beramai-ramai itu, maka wujudlah perkataan “ PENDAM “ yang bermaksud kubur bagi kaum iban. Maka itulah asalnya Pendam. Pada tahun 1985, Ketua Menteri Sarawak (ketika itu), Datuk Patinggi Pehin Sri Hj Abd Taib Mahmud telah menukarkan nama kampung Pendam kepada kampung Sadong Jaya. 

Terdapat 24 buah kampung berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Iban, Cina, Bugis, Jawa dan lain-lain.

 

PROFIL AM

1. Nama kampung/rumah panjang : Sadong Jaya

2. Tahun dibangun/diwujudkan : 12.04.1935

3  Pusat pentadbiran terdekat : Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya 

4. Lokaliti mengikut sistem sungai/kawasan/jalan utama : Batang Sadong/Jalan ke Kota Samarahan.

5. Kawasan DUN (N) : N24

6. Kawasan parlimen (P) : P200

7. Negeri : Sarawak

8. Ahli Parlimen : YB Cik Rodiah binti Sapiee

9. Ahli DUN : YB Ir Aidel Bin Lariwoo

10.Pegawai Daerah : Rais bin Ahmad

11.Jenis penempatan : Tradisional 224 pintu

 

 

Sumber : Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya