Tarikh       : 6 Julai 2022

Masa         : 08.00 am - 01.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Usahawan dan Komuniti Setempat

 

Tujuan:

Program Keusahawan dan Agensi bersama PEDi Sadong Jaya ini adalah mini Hari Bersama Komuniti untuk tahun 2022. Program ini bertujuan Merapatkan dan mengekalkan hubungan dengan komuniti dan agensi-agensi awam dan swasta, mencari dan mendidik Usahawan E Commerce, serta mempromosi program baru yang dianjurkan oleh PEDi Sadong Jaya khususnya. Dengan adanya program ini, para usahawan setempat dapat didedahkan dengan penggunaan Digital dalam dunia bisnes mereka. Selain itu. agensi yang terlibat juga dapat memperkenalkan kepada komuniti yang hadir atas fungsi dan kebaikan agensi mereka. Program ini ini memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang ada di PEDi Sadong Jaya bagi yang belum mengetahuinya.

 

Aktiviti:

  • Pendaftaran Peserta Kelas Keusahawanan dan Kedatangan Pengunjung (Pemberian goodies bag)
  • Pameran daripada Agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  • Minum Pagi
  • Taklimat Ringkas berkenaan PEDi Sadong Jaya (Perkhidmatan dan Kemudahan di PEDi Sadong Jaya)
  • Taklimat Ringkas daripada Agensi AIM
  • KDB Talk : Penipuan Kewangan
  • Kelas Keusahawanan : Facebook Page dan Facebook Ads
  • Sesi Soal Jawab
  • Penyampaian hadiah dan cenderahati
  • Makan Tengahhari dan bersurai

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 3 Disember 2019

Masa     : 14.00 - 17.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Usahawan

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan para peserta dalam bidang perniagaan seklaigus mengaitkan penggunaan ICT dalam menjalankan perniagaan mereka. Mereka juga didedahkan dengan KDB Talk agar mereka tahu baik buruk penggunaan internet dan sentiasa berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi mereka.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas KDB daripada petugas. Aktiviti diteruskan lagi dnegan pengenalan dan perkongsian kisah kejayaan serta cara untuk menjalankan bisnes Tupperware dengan baik daripada wakil penjual Tupperware. Kemudian Demo Masakan dan Demo Pembungkusan Hamper barangan Tupperware. Akhir sekali aktiviti ditutup dengan penyampaian cenderahati dan jamuan petang.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

 

        Terdapat beberapa usahawan yang terdapat di Daerah Kecil Sadong Jaya. Antaranya Pengusaha Kerepek, Pengusaha Rempekyek,Pengusaha Homestay,Usahawan Online Barangan Kosmetik, Pembuat Parang, dan Kilang Membuat Roti.

         Kini, ramai usahawan yang berniaga secara online berbanding offline. Ini kerana berniaga secara online adalah lebih efektif kerana usahawan sangat mudah untuk mempromosi barangan jualan mereka di laman sosial berbanding dengan offline.

Antara usahawan-usahawan yang terdapat di daerah Sadong Jaya:

 

Tajuk: Bengkel ICT (Microsoft Word & Keusahawanan) kolaborasi bersama UNIMAS 2016
Tarikh: 23-26 Mei 2016
Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Sadong Jaya
Tujuan:
 
Untitled
 
 
 
 
Seramai 21 orang peserta telah berjaya menyertai Bengkel ICT (Microsoft Word & Keusahawanan) kolaborasi bersama UNIMAS 2016 yang dijalankan selama 4 hari berturut-turut. Terima kasih kepada tenaga pengajar dari UNIMAS iaitu Dr. Sinawati, En. Mohd. Ismail dan Pn Nor Ras Amierra kerana sudi meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta yang mengukuti program dengan jayanya. Antara modul yang telah dipelajari ialah cara membuat resume, brochur, pamplet dan proposal yang diselitkan dengan cara pengubahsuaian grafik yang pelbagai. Diharap semua peserta boleh memperolehi banyak ilmu pengetahuan dan mengaplikasi semua yang dipelajari di dalam kehidupan seharian terutamanya dalam urusan keusahawan melalui atas talian yang giat dan aktif dijalankan pada masa kini.
 
 
 
 
 
 
 
 

Sub-kategori