Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat Portal : http://sadongjaya.pjk.com.my/
Laman Sosial : https://www.facebook.com/PEDiSADONGJAYA
Alamat : PEDi Sadong Jaya, Bangunan Amanah Masjid Darul Iman, Sadong Jaya, 94600 Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak.
Penubuhan Pusat Ekonomi Digital Sadong Jaya (PEDi Sadong Jaya) merupakan projek kerajaan melalui inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TELEKOM Malaysia dan MSD Inteligent Sdn Bhd di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
Matlamat utama kerajaan menubuhkan PEDi ini adalah untuk memastikan komuniti tempatan memperoleh capaian internet untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar, selaras dengan matlamat dalam Pelan Jalur lebar Kebangsaan.
PEDi Sadong Jaya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong pada 30 Mei 2014 bersamaan 1 Syaaban 1435H.
OBJEKTIF
PEDi Sadong Jaya bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan.
MISI
Menjadikan PEDi Sadong Jaya sebagai ”1 Stop Centre” khususnya bagi kawasan sekitar sadong jaya. 1 Stop Centre (1SC) ini adalah ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam satu lokasi sahaja. Hal ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa dan tenaga penduduk sekitar untuk menjalankan pelbagai urusan.
VISI
Melahirkan pengguna yang mahir dalam aplikasi komputer dan internet menerusi latihan yang disediakan seperti kursus/bengkel.
PERKHIDMATAN & WAKTU OPERASI
Hari: Setiap hari (Isnin-Ahad) kecuali Cuti Umum
Masa: 8.30 pagi- 5.00 petang
Rehat (Setiap hari): 1.00 petang - 2.00 petang
Rehat (Jumaat): 12:30 tengahhari - 2.30 petang
Cuti: Cuti Umum (Notis Cuti Umum akan ditampal)
***8.00 pagi- 8.30 pagi masa untuk petugas mengemas dan menyapu PEDi Sadong Jaya
Sebarang pertanyaan sila hubungi petugas PEDi Sadong Jaya.