Nama : Hadif Kasyfillah binti Jefferi

Umur : 13 Tahun

Ahli   : 2018

 

Latar Belakang:

Adik Hadif Kasyfillah merupakan seorang pelajar sekolah yang baru masuk ke alam persekolahan menengah. Beliau seorang yang suka belajar berrkaitan ICT dan sentiasa ingin meningkatkan lagi kemahiran beliau.

Adik Hadif Kasyfillah juga suka mengikuti aktiviti dianjurkan oleh NADI Sadong Jaya. Beliau gemar menambah pengetahuan ICT beliau dari semasa ke semasa. Beliau juga suka menonton rancangan kegemaran beliau di aplikasi Youtube ketika berada di NADI Sadong Jaya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer dan tidak mengetahui komponen-komponen yang ada di komputer. Beliau juga tidak berapa mengetahui apa fungsi komputer dan setiap yang ada padanya. Beliau berasa kekok menaip dan kadang-kadang hilang tumpuan bila beliau celaru. Beliau tidak tahu macam mana hendak memulakan penggunaan komputer. Beliau tidak tahu fungsi-fungsi yang terdapat pada papan kekunci komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office Powerpoint dan Miicrosoft Office Excel dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau telah bijak menggunakan fungsi-fungsi yang ada di papan kekunci komputer dan fungsi-fungsi basic yang ada di Microsoft Office Word, Powerpoint dan Excel dengan pemantauan yang minimum daripada petugas. Beliau juga sudah bijak membuka komputer tanpa tunjuk ajar petugas.

Klik di sini untuk Gambar